January 31, 2010

Perginya Insan yang ku sayangi

Ok, on the last blog aku ada bercerita tentang seorang insan yang amat aku sayangi pergi meninggalkan aku tanpa dia diduga...segalanya berlaku dalam sekelip mata...namun semuanya masih segar dalam ingatanku dan sampai bila2 pun aku x akan lupakan perkara ini...dan insan yang aku maksudkan ini adalah ayahku,Mohamed Roslan bin Aklan...satu2nya insan yang amat menyayangi aku..dari kecil sampailah aku dah kawen ni..dia still taking care aku..sbbnya aku kawen ngan marine engineer,yang mana aku selalu kena tinggal...huhuhu..oklah..x mo citer panjang...just wanna share the kronologi on the last day of my dad with us..

On 24 Jun 2009
7.30 pagi - Abah call aku suh jaga umah,dia nak gi dah..dia cakap camtu..(pagi tu actually abah,mama and my sis went to Melaka to arrange Hamizah transfer from Segamat to Alor Gajah)

3.30 petang - arrived from Melaka,went to Restoran Fariz for lunch..

Balik dari makan abah as usual,mandi and prepare for solat...while in bath...fistula(for kidney patient) burst..

5.20 petang - Received call from Marina telling abah is injured due to his urat dah burst...gegas balik dari TPM(during that time ada plak Demo for our new system)

5.30 petang - berlari-larian balik ke kereta..dah lah parking jauh dan mengandung plak 6 bulan...elok je kuar dari parking..hujan turun dengan lebatnya kat TPM...pergh,penat jugak masa tu...mengah x hengat coz tgh sarat bawak budak dalam pewot..(meanwhile non stop calling my sis to ask on the updates..)

5.40 petang - manage to skip traffic..teross pecut ke rumah...phone tetap di tangan and my sis inform that ambulans x mau datang coz jalan jam(Huh!!!apalah system ambulans kat Malaysia ni!!! pemalas sungguh!!!WTF)

6.00 petang - Received call from Marina suh teros go PPUM..abah was bring to there by pay up ambulans..huh!!still angry with all ambulans for the PPUM hospital and others!!

6.10 petang - arrrived at PPUM..masa ni tangan dah mengelatar habis...from parking lot...teros gi emergency section..masa tu abah baru 2-3 minit sampai kat sana..looking everywhere for mama or marina..tapi rupanya ada izzati and rais je kat situ...they followed abah in the ambulans..

masa tu..hanya Allah sahaja yang tahu apa dalam hati aku...air mata mmg asyik bergenang je...but I have to be strong..I have to...this is not first time aku berhadapan dengan keadaan genting yang macam ni...dulu pun abah pernah admitted..tapi x lah seteruk ini...but still aku kena strong and tenang..

Sampai2 je kat emergency section tu...izzati nampak aku dan teros hug aku dan menangis..sama jugak dengan rais..dua2 nya menangis dan paling teruk nangis adalah izzati..baju izzati penuh dgn darah abah..sbb dia yang hold bledder abah yg luka tu..abah still in the emergency..and dr are struggling to pulihkan dia..

Aku try tuk masuk ke emergency ward..tapi Dr x bagi..then akhirnya aku dapat gak info tentang abah..nurse yang bawak abah ke hospital update aku yang abah dalam keadaan kritikal dan kami semua perlu banyak2kan berdoa..bayangkan aku yg tengah sarat mengandung..ketiadaan suami di sisi menghadapi semua ini...aku x tahu ketika itu entah dari mana datangnya kekuatan aku..aku boleh bertenang walaupun org lain tegang dan risau tgkkan aku...

Berjam2 jugak abah dalam emergency ward...dalam kul 7.30 pm akhirnya aku dipanggil dan diberitahu akan perkembangan abah..hanya Allah je yang tau apa yg bermain dalam hati dan kepala aku..ya,aku harus kuat dan tabah demi mama dan adik2ku...ketika itu,hanya satu doaku...klu dah sampai waktunya untuk kami berpisah dengan abah..hanya yang aku pinta permudahkan urusan aku untuk menguruskan apa saja berkenaan abah..

8.30 pm Dr masih cuba sedaya upaya menyelematkan abahku...bergelen2 darah aku lihat di bawa masuk ke emergency ward..aku plak dah mula x larat...tapi gagahkan jugak demi mama dan adik2..I have to be strong...ketika itu jugak Dr memberitahu hanya tiada jalan lagi untuk menyalamatkan abah..tp mereka akan tetap mencuba..hanya ada 2 option je masa tu..either to cut his hand or try to stich back the urat yang koyak tu..huhuhu..

Fuh...masa tu..mama serahkan segala keputusan kat aku coz mama x leh nak buat apa2 keputusan..dan begitu jugak adik2 ku,,Ya Allah,hanya kau sahaja yang tahu apa yang berada dalam benak fikiranku ketika itu...ketika aku sarat mengandung...dan diuji dengan ujian yang begitu besar darimu...

Lama jugak kami menunggu hingga abah stabil sebelum di bawa ke dewan bedah..dalam kul 10.30 PM akhirnya abah dibawa ke dewan bedah untuk sambungkan urat abah yang koyak tu..ketika tu abah mmg langsung x sedar...sebelum pembedahan dimulakan,Pakar bedah tu memanggil aku coz he wanted to explained what are the effect after this..which is 99% mmg x akan berjaya..and Dr tu cakap yg abah were too weak...if berjaya it was amazing,,and now is up to abah camne dia nak lawan...klu dia ada semangat yang kuat..he'll go through the operation..

Dalam kul 11 operation started..aku dah x leh nak pikir apa coz masa tu..tangan kaki dah x larat sangat...plus mata mmg dah ngantuk habis..with perot yg memboyot..aku kuatkan juga badan dan tabahkan hati...masa tu kekuatan anak yang ada dalam perutku inilah yang memberi aku semangat...semua masa tu suh aku balik dulu..ask me to take rest or nap for while..seme risaukan aku coz masa tu aku tgh 6 bulan ngandung..around 11.15 pm aku pun minta diri balik kejap...masa tu seriously mata dan badan aku tersangat penat...

Aku tinggalkan mama dan adik2ku yang lain tuk tunggu abah di operation hall...masa tu angah and makcik Intan & family were there to temankan mama...aku and Izzati went back for a while..Izzati nak basuh baju dia yang basah kena darah abah..meanwhile aku plak nak rehat sebentar...sempai umah dalam kul 11.25 pm...aku terus basuh muka and tried to sleep...to be honest..that time terasa sangat abah ada kat umah with us..

Around 12 plus am...marina called Izzati bagitau yang cepat datang coz abah dah kuar from operation theater...aku pun dengan kelam kabut,,yang x sempat tido apa pun..bersiap and zaaasss ke PPUM balik...sampai sana dalam kul 12.40 am...gi kat operation section...tapi dorang seme dah x der..nak call plak kat situ line x clear...Arrggh...tension plak..but alhamdulillah,dalam keadaan kami yang kelam kabut tu..luckily Dr yang operate abah tu turun..dia suh cepat naik atas..kat tingkat 6...he told us yang banyak2kan berdoa dan minta maaf kat abah...he don't much time anymore..dan he ask us to be strong..Aduh..lagi sekali aku tergamam...did i pick the wrong option to save abah...

Addooii...aku x tau nak cakap apa masa tu... macam2 bermain dalam kepala aku...masa tgh mennunggu..sorang2 masuk jumpa abah...walaupun abah on life support,tapi dia masih dapat dengar kami... setiap kali mama bercakap dengan dia..mesti nadi dia naik tiba2...aku suruh adik2 ku bercakap dengan abah dan minta ampun...masa tu,masing menangis teresak-esak...mmg air mata jadi peneman kami..

Sedang kami bergilir2 cakap ngan abah..tetiba jantung abah nail turun..dan tepat kul 1.53 pagi pada 25/6/2009 aku kehilangan insan yang paling aku sayang...yang membesarkan aku...yang mendidik aku...yang menerima aku seadaanya...yang mempercayai kebolehanku..yang sentiasa berada di sisi ku setiap langkah yang ku ambil..Ya Allah..hilangnya permata hidupku...abahku yang tersayang...terasa sangat satu kehilangan yang amat besar padaku..

Sedang semua sibuk2 mengiform sedara-mara,rakan2 abah...aku plak..sibuk menguruskan hal hospital abah...sign sana..sign sini...sibuk cari org nak mandikan arwah..nak bawak jenazah balik ke umah...perkuburan plak...adoi,terkedu aku...x tau mana nak mula...sekarang semua dah ada atas bahu ku...hanya satu yang aku pinta ketika itu..."Ya Allah,permudahkanlah segala urusanku untuk ayah-ku..sesungguhnya aku seorang hamba mu yang tersangat lemah ketika ini."..dengan perut yang memboyot 6 bulan...aku ke hulu hilir menguruskan urusan terakhir abahku..

Kul 2 lebih..aku ke bilik mayat pulak...nak uruskan mandikan jenazah...bayangkan...aku bawak anakku yg ketika itu dalm perutku ke bilik mayat..apalah yang aku pikir masa tu..hanya Allah sahaja yang tahu..dan sesungguhnya aku berserah segalanya pada yang maha Esa ta kala itu..apa yang aku harap dia dilindungi dari sebarang gangguan...badan aku masa tu dah tersangatlah penat..tapi kerana abah...aku gagahkan jugak..lagipun dia dah didik anak sulong dia ni supaya tabah,kuat dan berdikari...dia dah ajar aku banyak benda tanpa aku sedari...

Huhuhu..nak citer pasal abah ni..sampai esok pun x akan habis...tapi apa yang ingin aku kongsikan pada semua...kasih lah pada kedua orang tua kita...jagalah hati mereka...seperti mana mereka menjaga kita..sesungguhnya pabila tiada mereka...tiada lagi makna kejayaan kita kerana merekalah kita berjaya..berkat doa dan didikan yg diterap...So,sayangilah ibu dan bapa anda..dan saya sangat sayang abah dan mama saya..dan kini setelah bergelar mama..baru saya faham akan erti pengorbanan mama dan abah dalam membesarkan kami semua...walaupun abah tiada bersama tuk lihat cucu sulung dia...tapi aku tau..abah suka akan kehadiran cucu dia ini...

Abah,akan kakak kotakan setiap apa yang kakak cakapkan pada abah pada hari terakhir abah dengan kakak..

0 comments:

 
Real Time Web Analytics