March 16, 2010

Keranamu Rizqullah

Keranamu Rizqullah....
Keranamu Rizqullah,masa mama kini terisi..
Keranamu Rizqullah,mama tidak lagi bosan...
Keranamu Rizqullah,mama mengenal erti sayang tiada batas...


Keranamu Rizqullah...
Keranamu Rizqullah,mama tidak lagi keseorangan tatkala ayah tiada...
Keranamu Rizqullah,mama tidak lagi kesah jika tidur mama tidak selena dulu...
Keranamu Rizqullah,hati mama memberontak untuk pulang awal untuk memelukmu...

Keranamu Rizqullah...
Keranamu Rizqullah,mama kini mengenal erti kepayahan dan pengorbanan...
Keranamu Rizqullah,mama ada misi dalam hidup..


Keranamu Rizqullah...
Dikaulah segalanya untuk mama dan ayah...
Lambang cinta kami...


Keranamu Rizqullah...
Ikatan cinta mama dan ayah semakin kuat..


Kerana Rizqullah adalah segalanya untuk kami kini..
Semoga dikau membesar menjadi manusia yang berguna pada agama,bangsa dan negara..


Waaa...teremo plak aku arini..hehehe...yups..semenya kini hidupku hanyalah Rizqullah...seorang anak kecil yang memerlukan kasih sayang yang tak berbelah bagi dari mama dan ayahnya...dan blog ini khas untuk anak mama yang mama sayangi..Mohamad Rizqullah bin Mohamad Redzuan...


Sikit bibliografi tentang anakku ini...


Rizqullah dilahirkan pada 15 September 2009 pada jam 1.23 pagi di KPJ Selangor,Shah Alam...dengan berat 2.5 kg dan ukuran panjang 52 cm...dilahirkan 2 minggu awal dari tarikh jangkaan...anak kepada En Mohamad Redzuan bin Mohamad Hassan dan Puan Maslina Rosdiana binti Mohamed Roslan.


Ayah kepada Rizqullah bekerja sebagai Marine Engineer dengan MISC dan telah berkhidmat hampir 7 tahun dengan syarikat berkenaan...dan kini sedang dalam pelayarannya(atas kapal)..


Manakala mama kepada Rizqullah bekerja sebagai System Analysis/Executive di Maybank,Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan Maybank selama hampir 3 tahun..


Hmmm...Rizqullah merupakan anak sulung bagi pasangan ini..dan mungkin akan menambah lagi bilangan anak dalam masa 2-3 tahun akan datang...heee...


Aduh...sebenarnya banyak nak taip ni..tapi vitamin M datang melanda...huhuhu...


Tak apalah ek..layankan dululah pixas anakku yang comel di mataku ini...


Ya..gambar ini diambil masa sebelum rambut Rizqullah dicukur...
Oklah tu rambut anak mama ni..
Ingat lagi masa ni...tetiba je pagi2 ayah bagitau yang ustaz akan sampai bila2 tuk cukurkan rambut anak mama ni..masa tu cam berat hati gak sebenarnya nak botakkan anakku ini..huhuhu..takut nanti x comel lagi...tp x perlah..rambut leh tumbuh balik kan...

Inilah dia ustaz yang jadi MC masa kawen mama dan ayah..
Dan jugak cukur rambut anak mama ni..

Dalam tengahhari jugaklah akhirnya Ustaz sampai..klu x salah mama lepas mama mengurut..hehehe...oleh kerana masa tu nak raya...mama terpaksa berurut lambat sikit...huhuhu...tp dah start bertunku kat umah masa hari ke-3..alhamdulillah...badan pun x masuk angin...


Lepas cukur rambut,bertahnik plak...
Tahnik ni sapukan Kurma kat lelangit sambil berselawat..

Kesian kepala anak mama...sopak2 kena cukur sbb x tau duk diam...geli ya sayang rasa cam ada benda gerak atas kepala...heee...masa mula2 cukur tu,elok je dia diam...tapi lama2 dah tak reti nak duduk diam2...aduh..anak mama ni...pas cukur,buat tahnik plak...dapnya anak mama makan kurma dan minum air zam2 yaaa..semoga anak mama pandai baca Al-Quran nanti cam ustaz yang buatkan tahnik tuk anak mama tu...amin...


Inilah hasilnya...hehehe...
Abish...sopak2 kepala anak mama..semenya gara2 asyik meronta..

Setelah hampir 2 jam strugle tuk pegang Rizqullah yang meronta2 masa tgh cukurkan kepala...inilah hasilnya yang sopak2..heeee...abislah,dah x tiut miut dah anak mama nih..


Tali pusat akhirnya tertanggal...
Setelah 12 hari...
Masa Rizqullah tgh meronta-ronta sebab kegelian masa cukur rambut tu...tetiba ada benda jatuh sama...rupanya tali pusat dia jatuh daaaa....alhamdulillah..tanggalgak akhirnya...

Lepas semenya selesai...Rizqullah sibuk tido...mungkin kepenatan meronta dari pegangan ayah kot...hehehe...

Hmm..nak citer lagi ni sebenarnya...tp sambung next blog lah...waaa...banyak lagi nih nak citer...ni baru beberapa hari je...Hmmm???





0 comments:

 
Real Time Web Analytics