May 10, 2010

Special Entry : Happy Mother's Day/Selamat Hari Ibu...


"Happy Mother's Day...
Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Mama..."

Macam2 lagi ucapan yang kita semua ucapkan untuk ibu-ibu kita yang membesarkan dan menjaga kita...Tak ternilai pengorbanan ibu-ibu untuk anak-anak mereka...

Dan entry ini sangatlah teristimewa buat mama Rizqullah sebab 
Ini adalah kali pertama mama Rizqullah sambut Mother's Day ni...
Dengan lahirannya Rizqullah pada 15 September 2009...
Secara automatiknya diriku dah bergelar mama@mak orang...
Ya Allah..satu perasaan yang tak dapat digambarkan...
Betapa bahagianya dan berbunga hati mama tatkala Doktor meletakkan Rizqullah betul2 atas perut mama selepas mama push tuk kali yang terakhir...
Hilang semua penat lelah dan kesakitan kontraksi waktu melihat wajahmu anakku...
mendengar tangisan mu...
melihat matamu yang bersinar...
melihat wajahmu yang disaluti darah mama..
Hanya Allah sahaja yang memahami perasaan mama...
Dan ketika mama dapat menyusukan dan memeluk erat kamu,,,
Sangatlah membahagiakan mama..
Dan kali ni jugak hari ini istimewa buat mama sebab ayah pun ada disisi...
Double-triple happiness for me...

Rizqullah with Mama @ IOI Puchong
Celebrating Mother's Day with Ayah...

Hmmm..inilah rupanya perasaan mamaku ketika melahirkanku dulu...
Memang sangat membahagiakan...
Dan entry ini juga sangatlah istimewa keran kutujukan khas buat ibuku...
Puan Masnom binti Haji Rifaie

"Terima kasih yang tak terhingga buat mama yang telah mendidik dan membesarkan kakak hingga kakak berjaya...
terima kasih kerana selalu mengambil berat akan diri anakmu ini...
sentiasa memastikan yang terbaik untukku...
sentiasa berada di sisi ku ketika ku memerlukan belaian kasih sayangmu..
senantiasa berada di sisi ketika waktu sedihku...
Mama,Kakak sayang mama...
Dan semoga suprise yang kami berikan tadi dapat mengembirakan mama...
kami tahu mama sedih kerana ketiadaan abah..
tapi hidup perlu diteruskan maaa...
Dan kami anak2 mu akan memastikan mama akan terus gembira dan bahagia atas hasil didikanmu pada kami...

Suprise celebration tuk Mamaku...
Hadiah dariku dan suami...
2 night stay @ Tiara Beach Resort...
Semoga mama bergembira!!!

Okaylah...untuk ibu-ibu yang lain...member2 bloggerku...selamat hari ibu jugak untuk anda semua...semoga hari ini memberikan satu kenangan terindah buat anda semua...
~~Special Memories~~
Semoga anak2 kita semua menjadi manusia yang terbaik dan berguna...

Insyaallah malam esok mama Rizqullah sambung sikit lagi entry hari terakhir kami di Port Dickson...

Till my next entry...Salam sayang dan salam ukhwah untuk semua...

9 comments:

BaziLah @ buzZy (^0^) said...

happy mother's day :)

Nani # said...

happy mother's day kawan ;p

LYaFRINA said...

selamat hari ibu... have a nice day..

semoga mjadi ibu y tbaik buat ank kita. amin..

Intan said...

Happy Mother's Day to u dear!

Cik Shiqa said...

selamat hari ibu :)

umialya said...

selamat hari ibu

Adlina Husaini said...

hai salam blogwalking =D thanks ke blog ina ^_^

*juliet le sweetheart said...

happie mothers day maslina...

Maslina Rosdiana said...

Terima kasih semua...

Selamat hari ibu pada semua yang telah menjadi ibu...

Semoga hari anda semua lebih ceria dan bahagia...

 
Real Time Web Analytics