June 14, 2010

Happy Sweet 28th Birthday!!!

**Gambar credit pada pakcik google**

14 Jun 1982...bersamaan hari Isnin...


Seorang anak perempuan dari keluarga En Mohamed Roslan dan Puan Masnom dilahirkan.Anak ini diberi nama Maslina Rosdiana sempena nama Puan Masnom dan En Roslan.En Roslan mahukan jugak nama anak ini ada nama pangkal kedua-duanya kerana anak ini adalah lambang cinta mereka berdua.**waaa...romantik gak ayahku ini**


Anak ini merupakan anak sulung pada pasangan ini setelah menanti selama 3 tahun untuk mempunya zuriat sendiri.Anak ini dilahirkan ketika subuh hari setelah Puan Masnom mengalami kesakitan pada sebelah malamnya.Pelbagai peristiwa berlaku ketika anak ini dilahirkan,antaranya En Roslan boleh balik dan tido dengan nyenyak di rumah ketika isteri sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung beliau.Ish..ish...sungguh tak patut...hehehe...


Dan setelah anak ini dilahirkan dia ditatang bagai minyak yang penuh.Selain menjadi anak sulung dalam keluarga En Roslan,anak ini juga merupakan cucu sulung pada keluarga En Aklan.Oleh itu,semua kasih sayang tertumpu pada anak ini.Dan tentunya apabila menjadi anak dan cucu sulung,perlulah menjadi role model untuk yang lain-lain.Ada standard tersendiri apabila menjadi yang sulung,sebab biasanya semua akan meletakkan harapan pada anak ini.**berat tau nak bawak tanggungjawab ni...sbb selalu dijadikan perbandingan..**


Alhamdulillah, di umur menginjak ke 28 tahun pada 14 Jun 2010.Anak ini berjaya dalam hidupnya.**walau tak sepenuhnya lagi,ada lagi impian arwah abah yang belum sempat anak ini lakukan** Dia mempunyai segulung Diploma dalam jurusan Sains Komputer dan jugak Sarjana Muda dalam jurusan Matematik Pengkomputeran.Kini pula bekerja di sektor perbankkan yang menuntut seribu satu pengorbanan dari segi masa dan tenaga.Anak itu kini juga telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki dan anak ini kini juga bahagia disisi suaminya yang tercinta.


Walaupun bulan Jun ini bukanlah lagi bulan yang mengembirakan untuk anak ini,sebab kehilangan ayahnya yang tercinta pada 25 Jun 2009.Namun anak ini tetap menghargai setiap pengorbanan serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh ayah yang tercinta.Anak ini sentiasa merindui akan bebelan(tanda concern dia),merindui lawak bodoh abahnya,merindui saat bertegang leher dan berdebat dengan abahnya dan seribu satu lagi kerinduan yang tidak tergambar dengan kata-kata.Dan kerana kerinduan ini,insyaallah esok pagi sempena hari jadinya.Anak ini akan pergi ke pusara abahnya untuk menghabiskan waktu paginya dengan ayahanda yang tercinta.Waktu petang pula akan dihabiskan dengan ibunda yang tercinta dan juga bersama suami dan anak lelakinya.


Happy sweet 28th year old Maslina Rosdiana binti Mohamed Roslan@mama Rizqullah!!

Tarikh 14 Jun ini juga mama Rizqullah share dengan adik bongsu yang bernama Muhammad Rais bin Mohamed Roslan yang juga kebetulan lahir pada tarikh yang sama iaitu 14 Jun 1994.

Happy sweet 16th pada adikku Muhammad Rais,belajarlah rajin-rajin sebab hanya itu sahaja harta yang abah tinggalkan untuk kita semua.~~Ilmu pengetahuan~~semoga dikau akan terus berjaya dan mengotakan impian arwah abah.

Waaa...mama Rizqullah masuk mood emo-emo ya di hari lahir ini...off courselah ya..tahun ni kurang serinya sambutan harijadi tanpa abah di sisi..walaupun dah ada suami,mama Rizqullah sebenarnya adalah anak manja arwah abah.Ingat lagi last year arwah nak jadi orang pertama yang wish mama Rizqullah dia sanggup naik ke bilik mama Rizqullah walaupun tengah sakit.Tepat 12 tengah malam,dia ketuk pintu bilik just to wish anak dia ni Happy Birthday.Rupanya itu adalah kali terakhir dia wish mama Rizqullah.Pepagi plak dia wish lagi sekali pada mama Rizqullah.Ya Allah,serius sedih sangat bila terkenang balik perlakuan arwah di hari-hari terakhir dia.Kenapalah aku tak nampak???tapi aku nampak akan kasih sayang arwah pada aku...aku nampak camne dia ambil berat akan anak sulung dia ini walaupun ketika itu anak sulung dia ini bukan lagi tanggungjawab dia.Banyak pesanan yang dia tinggalkan pada mama Rizqullah tanpa mama Rizqullah sedari.Selama 3 bulan setiap hari tanpa gagal,dia pasti menanti dan menghantar mama Rizqullah ke kereta setiap pagi sambil mengingatkan mama Rizqullah itu dan ini.

"Ya Allah,kau tempatkanlah roh arwah abahku dikalangan orang beriman dan Kau kasihilah dia sebagaimana dia mengasihiku...amin"


Okaylah...mama Rizqullah dah tak leh nak menaip panjang lagi...air mata dah mengalir laju dan mata dah mula bengkak.Esok pepagi nak bangun awal nak ke pusara arwah abah.

Pada semua yang masih punya ibu bapa,hargailah meraka.Sebab sekali kehilangan mereka,kita pasti terasa kehilangan sesuatu walaupun kita dah punya keluarga sendiri.Pemergian abah ini buat mama Rizqullah lebih menghargai ibu yang masih ada ini.

Till my next entry,insyaallah...mama Rizqullah akan sharekan activity kami di Cherating dan Terengganu...malam ni x dapatlah nak update sbb dah masuk mode emo...

Till then..salam sayang dan salam ukhwah untuk semua...maaf kalau rasa mama Rizqullah termelalut..

~~Have a nice and beautiful day!!~~

22 comments:

q-nizam said...

wish happy birthday..moga panjang umur dan murah rezeki kepada yg menyambutnya

ibu_Arifa said...

selamat hari lahir mama Rizqullah.. semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu :)

happy birthday juga buat Pak Su Rizqullah..rajin2 belajar..nak SPM dah tahun depan.

umialya said...

HAppy bday.. moga pnjg umur, murah rezeki

kak mas said...

hepi 28th bufday mas.. moga pnjg umur murah rezki :)

Mama Qiestina said...

happy bufday mas...oho kita sebaya upernyaaa.akak ingat awak baru 27 :)

Momma Mia said...

happy bufday maslina!!
semoga berbahagia selalu di samping family tersayang!!!

Ummi said...

owhh..berjaga semalam untuk celebrate besdey juga ye!!hepi besdey mas..n selamat bercuti-cuti malaysia!!

nani said...

selamat ulangtahun Mas.. :)

IbuHakimHaikal said...

Selamat hari lahir mas...semoga pjg umur dan murah rezeki.. ;)

Ita said...

Hepi 28th besde Mas!!

Liessa said...

Salam...Appy Besday mama rizqullah...semoga ceria n chat selalu...

Maslina Rosdiana said...

q-nizam,

Thank you for the wishes...

Maslina Rosdiana said...

ibu Arifa,

Terima kasih...:-)

Maslina Rosdiana said...

Kak Tini,

Terima kasih..semoga akak pun dimurahkan rezeki..:-)

Maslina Rosdiana said...

Kak Mas,

Terima kasih..:-)

Maslina Rosdiana said...

Yat,

A'ah...kita sebaya,itu yang saya panggil yat je pas tau aritu...

Heeee...nampak cam 27 ke...tq,tq...syok tu orang nampak kita muda..hihihi

Maslina Rosdiana said...

MommaMia,

Tq...semoga anda pun bahagia selalu disamping keluarga tersayang.

Maslina Rosdiana said...

Kak Syikin,

A'ah...tak tido sbb celebrate ngan hubby...hehehe..

Maslina Rosdiana said...

Nani,

Thank beb..

Maslina Rosdiana said...

Kak Hasmah,

Terima kasih...semoga akak pun dimurahkan rezeki.

Maslina Rosdiana said...

Ita,

Thank you...

Maslina Rosdiana said...

Liessa,

Terima kasih...semoga anda pun ceria juaaaa...

 
Real Time Web Analytics