June 20, 2010

Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu(Part 1)

**Awas entry kali ini akan di penuhi dengan gambar-gambar yang sempat di snap...**


Lawatan seterusnya kami di Negeri Terengganu ini pada hari Kedua...kami ke Taman Tamadun Islam...Taman Tamadun Islam ini berdekatan je ngan Masjid Kristal...kami keluarga keluar agak lewat dari hotel sebab melayan syok tengok Rizqullah yang happiness dapat main air dalam tab mandi...kegemaran Rizqullah,main air..Taman Tamadun Islam ini mengandungi 21 monumen Islam yang hebat untuk mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama yang global dan sofisikated...


Tak mo cakap panjang lagi..jom layan selected picas yang sempat mama Rizqullah pilih dan edit...


Layannnnnssss...


Rizqullah dan ayah...
@Taman Tamadun Islam

Rizqullah with mama plak...
Merakam kenangan di tepi sungai sebelum masuk 
ke Taman Tamadun Islam...

Ayah dan Rizqullah berpayungkan Payung Maybank...
Tengok dulu...laju je ke depan dua beranak ni....
Yang ni entrance Taman Tamadun Islam...
Untuk Dewasa tiket berharga RM 25(tanpa MyKad)...
Yang ada MyKad leh dapat RM15...
Sementara kanak-kanak pulak..heeee...
Mama Rizqullah dah tak ingat berapa hinggitlah....

Weeee...thanks ayah for the buggy...
Keluasan Taman Tamadun Islam ni kalau jalan 
kaki ada kat 800 meter...
Sebab kami pun dah sampai masa matahari dah meninggi...
Makanya buggy adalah transport yang sesuai 
untuk mengelilingi taman ni...

Ayah dan Rizqullah in Buggy...
Sewa buggy ini adalah untuk sejam...
Kalau x salah..untuk buggy ini berharga RM 35.00...
Yang boleh memuatkan 3-4 orang...
Pemandu buggy juga telah dilatih dan sedia untuk 
memberi penerangan kepada pengunjung...

Monumen Kudus Minar,Central Java,Indonesia...
Di bina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus.
Rekabentuk Masjid ini berciri campuran Hindu dan Islam.

Pattani Central Mosque,Thailand..
Dibina pada 1954 dan menyerupai pembinaan Taj Mahal...
Ia merupakan tumpuan utama penduduk 
Thai untuk pusat aktiviti dan keagamaan...

Rizqullah dan ayah di hadapan monumen
Taj Mahal....
Tak dapat gi India...sini pun jadilah yaaa...

Ngan mama pulak....
Monumen Taj Mahal,Agra,India...
Simbol kasih sayang dan cinta Shah Jahan 
pada Mumtaz Mahal...

Badshi Mosque,Lahore,Pakistan
Masjid ini dibina pada 1673 Masihi dan merupakan 
masjid yang terbesar di dunia pada zaman tersebut...

Ayah dan Rizqullah pusing2 Taman Tamadun Islam
Ngan buggy...
Sangatlah panas pada hari itu,,,
Selain buggy...ada gak pilihan lain...
Tram dan jugak basikal ada disediakan untuk 
pengunjung mengelilingi taman ini...

Mama dan Rizqullah berlatar belakangkan Masjid Badshi...
Sungguh bertuah berada di sini dan mengenali serta 
mengetahui semua bangunan agung Islam...

Kubah As-Sakhrah,Baitul Muqqaddis,Palestin
Dibina pada tahun 692 Masihi untuk melindungi 
batu terapung yang cuba mengikuti 
Nabi Muhammad saw sewaktu peristiwa Israk Mikhraj...

Great Mosque of Samarra,Iraq..
Merupakan masjid yang mempunyai menara 
berputar yang menjadi tarikanya...
Kini menara ini tinggal separuh kerana peperangan 
yang melanda Iraq pada tahun2 yang lepas...

Sheikh Lutfallah Mosque,Iran
Merupakan sebuah senibina Islam yang terbaik dan 
dulunya digunakan sebagai Masjid diraja...
Bahagian depannya digunakan untuk berniaga bagi umat2 Islam...

Hmmm....ada lagi bebeapa bangunan yang mama Rizqullah nak share di sini untuk kenangan dan perkongsian ilmu...sebab bukan senang kita nak mengetahui semua sejarah Islam yang lampau..kerana kebanyakkan bangunan ini di masa sekarang ni telah termusnah akibat peperangan...

Dengan adanya taman ini...kita dapat lagi mendalami sejarah Islam yang kian dilupakan oleh golongan muda masa kini...walaupun ia hanyalah sebuah monumen...tapi monumen ini membawa seribu satu makna tersendiri...

Okaylah..membebel panjang plak mama Rizqullah ni...banyak lagi monumen sejarah yang mama Rizqullah nak sahre di sini...untuk tatapan Rizqullah di masa hadapan dan jugak pembaca yang sudi membaca bebelan mama Rizqullah ni...

Till my next update sambungan dari entry ini tentang monumen yang ada di Taman Tamadun Islam ini...
Salam sayang dan salam ukhwah untuk semua...

~~Have a nice and beautiful weekends~~







4 comments:

princeduyong said...

dekat sgt ngan rumah : pulau duyong

nur hidayah isa said...

nice view..

Ummi said...

rase nak pengsan tengok mas n family asyik bejalan jek..hihihi..tunggu ayah kakak n adik balik la mau jalan2 jugak..

Ain said...

ain tak pernah sampai lagi ke sini.....

bila nak gi nie.... huhuhu...

 
Real Time Web Analytics