June 20, 2010

Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu(Part 2)

Salam hari minggu semua....semoga semuanya happy dan ceria di samping keluarga mahupun yang tersayang...bagi yang dah ada anak...Selamat Hari Bapa ya...semoga anda jadi bapa yang cermerlang,gemilang dan terbilang di mata anak-anak anda....

Okay....sambung kembali entry tertunggak mama Rizqullah tentang Taman Tamadun Islam,yang terletak di Pulau Wan Man,Losong Panglima Perang,Kuala Terengganu...banyak lagi monumen yang mama Rizqullah nak share dan abadikan sebagai memori di sini..entah bila lagi dapat datang sini...walaupun ayah akan tinggal di Kuala Terengganu for 6 months...tapi itulah,ongkos nak ke sana ni..agak membebankan gak ni..hehehe...

Bila Air Asia atau Firefly nak buat promotion lagi???leh mama dan ayah book tiket bebanyak...jimat sikit klu guna tiket promotion ni...hehehe...

Ops...terlajak keluar dari tajuk entry ini plak...huhuhu...sedihlah ayah dan nak berjauhan dari kami berdua...lama tu..6 bulan,wiken pun belum tentu ayah dapat balik...sbb nak berjimat..huhuhu...lagi arr sedey camni...serupa cam ayah belayar je...walaupun dekat tapi tetap jauh...

Okaylah..jom layan sambungan entry pasal Taman Tamadun Islam dan layan picas yang sempat di snap oleh kami...

Layaaaannn...

Abu Nasr Parsa,Afghanistan
Dibina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid.
Ia adalah sebuah makam yang mengabadikan jasad ahli 
teologi terkemuka,Khwaja Abu Nasr Parsa..
Keistimewaan bangunan ini adalah 2 tiang yang 
kelihatan berpusing di hadapannya...

Al-Haram Mosque,Mecca,Saudi Arabia@Mekah..
Masjid ini merupakan tempat paling 
suci bagi semua umat Islam.
Hanya masjid ini yang tidak mempunyai arah kiblat 
kerana Kaabah terletak di dalam masjid ini..

Iklan kejap...
Rizqullah yang kepanasan...
Pipi dah merah macam pakai blusher....

Allepo Citadel,Syria...
Di anggarkan di bina pada abad ke 10 SM dan 
merupakan sebuah kota yang 
dibina di atas sebuah bukit di Syria...

Harap maaf...bangunan ada di belakang pokok...
Ini gara2 sangat panas + Rizqullah pun dah ngamuk nak balik...
Mosque of Mohamed Ali,Egypt..
Di bina ketika zaman pembaharuan Mesir dan 
dikenali juga sebagai Masjid Alabaster..

Nabawi Mosque,Madinah,Saudi Arabia...
Masjid ini dibina di kawasan rumah Nabi Muhammad SAW 
dan tempat baginda di semadikan..

Suleymen Mosque, Turkey
Di bina pada 1557 M,ia menempatkan 
infirmari,sekolah perubatan, hospital, kedai, penjara
dan tempat penyimpanan senjata...

Kalyan Minaret, Uzbezkistan
Menara yang dibina pada tahun 1127 M 
oleh Arslan Khan..
Menara yang diperbuat dari batu bata yang dibakar.

Great Mosque of Agadez, Niger
Masjid yang dibina dari lumpur pada abad ke 16 
pada zaman kegemilangan Agadez.
Ia mempunyai perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya..

Kul Sharif Mosque,Kazan, Rusia
Masjid ini pernah dibiarkan musnah 
dan pembinaan semula masjid  ini dijalankan 
setelah kejatuhan Soviet Union.

Xian Mosque, China
Masjid ini dibina pada tahun 1392 M oleh 
Laksamana Haji Cheng Ho.
Walaupun senibinanya kelihatan seperti kuil buddha, 
tetapi kedudukannya menghadap kiblat.

Ada 21 monumen bangunan yang terdapat dalam taman ini...
Pada sesiapa yang berpeluang ke Terengganu...
Cuba singgah ke sini...
Sekali-sekala mengenali sejarah 
Islam yang kian dilupakan...

Sebelum mama Rizqullah tutup entry pada malam ini..mama Rizqullah nak listkan semua 21 monumen Islam yang terdapat dalam Taman Tamadun Islam,Kuala Terengganu ni...

1.National Mosque,Malaysia
2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia
3. Pattani Central Mosque, Thailand
4. Sulatn Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5. Taj Mahal,Agra, India
6. Badshi Mosque, Lahore, Pakistan
7. Kubbah As-Sakrah, Baitul Muqqadis, Palestin
8. Great Mosque of Samarra, Iraq
9. Sheikh Luthfallah Mosque, Iran
10. Abu Nasr Parsa, Afghnistan
11. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
12. Aleppo Citadel, Syria
13.Mosque of Mohamed Ali, Egypt
14. Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
15. Suleymen Mosque, Turkey
16. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
17. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
18. Kalyan Minaret, Uzbekistan
19. Great Mosque of Agadez, Niger
20. Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
21. Xian Mosque,China

Till my next update plak ya...till then salam sayang dan salam ukhwah untk semua...harap entry percutian kami ini memberikan anda sedikit informasi tentang tempat yang patut dilawati ketika di Kuala Terengganu...ada lagi tempat menarik yang mama Rizqullah nak sharekan...tapi dah tak larat plak menaip...so,update next entry yerrrr...

~~Have a nice day~~

5 comments:

Amanina said...

dah lama sangat tak pergi terengganu.

teringin nak gi sini. :)

Fay Nana (Cik Fana) said...

cantikk! harap boleh pergi one day nanti. :P

nani said...

cantiknye tempat ni..
xtau lak secantik ini tempatnya..
harus aku g jugak melawat..
tq 4d info Mas ;p

Maslina Rosdiana said...

Amanina dan Cik Fana,

Kalau ke Terengganu jangan lupa singgah Taman Tamadun Islam dan cari air Istak...hehehe...

Maslina Rosdiana said...

Nani,

No problem..aku ni pun tanya kat orang hotel je...ada tak peta tempat menarik kat Terengganu...

Zaaaass...semenya dapat dalam tangan...:-)

 
Real Time Web Analytics