July 6, 2010

Day 3 @ Cameron Highlands : Cactus Valley


Hokay..akhirnya percutian kami hampir tamat..huhuhu..sedihnya...di hari ketiga kami di Cameron Highland ni...banyak tempat yang tak sempat kami lawati...huhuhu...semuanya gara2 jadual yang terlalu pack ngan aktiviti hari keluarga kami...inipun di hari ke tiga,kami skip aktiviti yang telah dijadualkan...

Semuanya sebab nak meronggeng sefamily...weee...bila lagikan nak jalan2 kat Cameron...inilah first time kami ke sini as one family...so,kenalah enjoy dan happy selalu...

Hmm..dan cam biasalah...mama Rizqullah malas nak taip panjang lebar...jom layan picas yang sempat dicapture dan diedit....ketika kami singgah di Cactus Valley...

Layaaaannssss...


Rizqullah dan ayah tengah menikmati pemandangan kolam ikan...
Tengok tu anak mama...kalau leh nak dicekupnya ikan tu...

Antara tanaman sayur yang ada di Cactus Valley ni...


Anggur pun ada....
Anggur ni kena dongak kepala sikit ek...
Coz pokok anggur ni menjalar kat bahagian pejalan kaki....

Daun Parsley...
Di tanam di bahagian bawah strawberri...

Ada gak bahagian jualan sayur...
Pada siapa yang suka salad segar...
Boleh borong banyak2 kat sini...

Antara bunga-bungaan yang terdapat di sini...

Bunga Raya...
Kembang selambak kat sini..

Bunga Raya kaler pink plak...

Ayah dan Rizqullah...
Ayah tengah pikir inilah minggu terakhir kami bersama...
Dapat spend masa camni...
Pasni ayah dah nak kena gi Ganu...
Huhuhu...Miss you my sweet and lovely hubby...
Tak sabar nak tunggu kepulangan u this weekend...
Dapat spend masa 2-3 hari pun jadilah...

Hmmmm....ada banyak lagi gambar2 menarik yang mama Rizqullah nak share kat sini...tapi nanti dulu lah ek...sbb cactus valley ni sangat besar okay...tapi penat nak kena naik tangga...kalah batu caves....yang penting kami dapat spend masa berkualiti bersama...inilah hidup seorang isteri dan anak kepada pelaut...bila ada masa yang dapat dihabiskan bersama akan digunakan sepenuhnya oleh kami...coz lepas ni,kena tinggal berbulan-bulan lagi....

Setakat kena tinggal lebih 4 bulan tu dah jadi asam garam kehidupan mama Rizqullah...selain terputus hubungan komunikasi...ingat lagi seksanya nak cari ayah kat tengah laut masa nak sampaikan berita kematian ayah mertua dia...yang mana masa tu mama Rizqullah tengah mengandungkan Rizqullah...hanya yang ada di sisi mama Rizqullah dapat melihat how mama Rizqullah melalui semua ni...you know how I am...thanks for all your support my dear friends...

Okaylah...heeeeee...termelalut panjang plak...ini gara2 rindu sama cinta sayangku yang ada di Kuala Terenggani...cepatlah weekend...tak sabar nak jumpa kembali walaupun tuk seketika...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah tuk semua...

Nanti mama Rizqullah sambung Cactus Valley Part 2...heeee...:-P

~~Tabahkan hatimu wahai Puan Maslina,GAMBATE!!~~

4 comments:

sI tEDI said...

pernah sampai cameroon tap x singgah kat kaktus tu. :)

lalu jek.

eh kamu baru pasang iklan nuff ke atau dah lama.

boleh tgk setting pilihan iklan. sbb rasanya kamu klik yg iklan percuma.
tukar ke CPC :))

kalau tak faham nanti tanya okey.
:D

alyyani said...

dah alam tul tak ke sini. happy je korang dapat rileks2 kan diri kan? si kecik tu la yg paling happy kot :D

Maslina Rosdiana said...

Tedi,

Thanks for the info...

Dah tukar pun...setting tu...terima kasih sekali lagi yaaa...

Jemputlah datang selalu kat sini..

Maslina Rosdiana said...

alyyani,

Happy sebab dapat get away dari kesibukan kota samping tengok keindahan alam yang hijau...

Si kecik tu sampai demam dok tempat sejuk...hehehe..

 
Real Time Web Analytics