July 19, 2010

Si Manja TAWAS....

Weeeee....alhamdulillah...permohonan berjaya!!!
Rizqullah dah jadi Si Manja TAWAS...


Errr...apa bendalah TAWAS ni...hehehe...TAWAS bermaksud Tabung Warisan Anak Selangor...pada sesiapa yang ada anak kecil dan dilahirkan di Selangor ...boleh cuba mohon untuk menjadi Si Manja TAWAS...tapi tak semua anak2 yang dilahirkan di Selangor dapat yaaa...ada syarat2 yang perlu diikuti...nak tahu apa syaratnya sila klik kat sini --> Syarat TAWAS

Nak tahu apa faedahnya...haaa...seperti di bawah ni ya...mama Rizqullah sempat copy and paste dari website TAWAS...siapa yang nak baca lebih lanjut klik lah pada link yang mama Rizqullah dah sediakan dalam entry ni...**Selamat membaca**

Faedah Perlaksanaan TAWAS 


Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Waaa...menarikkan apa yang diberikan...untung jadi anak Selangor ni...

Okaylah....macam biasa jom tengok cantiknya Kad Si Manja Tawas...

Kad si Manja TAWAS...
Kad ni tak leh hilang yaa...
Kalau tak,tak leh nak claim RM1,500 tu...




Okay...itu sedikit info yang mama Rizqullah nak share pada semua...pada sesiapa yang ada anak dilahirkan di Selangor dan memenuhi syarat TAWAS...cepat2lah antar permohonan ya...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah untuk semua...


~~Have a nice and beautiful day!!~~

8 comments:

BuluhPerindu said...

satu program yang baik dari kerajaan yang prihatin kepada rakyat. persoalannya....Rm1500 tak cukup untuk pendidikan anak2 so..maksudnya disini ibu bapa itu sendiri perlu membuat tabungan untuk masa depan anak2. Jika tahun 2010 Rm1500 bolehlah dikira banyak jugak..tetapi tahun 2028 jumlah Rm1500 tak tahulah macam mana nilainya, jika kita andaikan inflasi 3% pun dah begitu kecil nilainya...kesimpulanya..bersyukur tu memang perlu dan menabung tu amat perlu....

ayaa alyy said...

congrats to your baby :D

sebelas said...

ruginya anak tak lahir kat selangor... :D




http://nomborsebelas.blogspot.com/

Maslina Rosdiana said...

Buluh Perindu,

Betul tu...memang tak cukup pun RM1,500...tapi lebih baik ada dari tak ada kann...atleast leh gak gunakan duit tu tuk top-up apa2 yang perlu tuk pendidikan dia nanti..

Maslina Rosdiana said...

ayaa...

Thanks dear..

Maslina Rosdiana said...

Sebelas,

Tak pe...leh cuba lagi...

Che Armster said...

ermm congrats sebab lega dapat rm1500.. rezeki anak :)

btw.. 1st baca tadi igtkan tawas (ubat jentik-jentik) yang orang selalu letak dalam kolah air - bajet entry pasal denggi tadi haha

Maslina Rosdiana said...

Che Arm,

Apaaaa!!!ubat jentik2...hehehehe..

Alhamdulillah..rezeki anak...walaupun tak banyak...still rezeki gak tu...

 
Real Time Web Analytics