March 24, 2011

Apapun terjadi,kenapa ia tetap salahku...

Untuk pertama kalinya mama Rizqullah nak luahkan masalah yang membelenggu dari awal perkahwinan hingga kini...pada yang dah sedia maklum masalah mama Rizqullah ni,anda insan terpilih yang jadi kaunselor mama Rizqullah...thank you for the support and good advise given...saya sangat menghargai setiap satu kata2 anda...

Saya tak pasti samaada isteri seaferer@geng kapal yang lain jugak pernah menghadapi masalah yang sama seperti saya atau tidak...tapi bila perkara ini berlaku,ia amat menduga kredibiliti diri saya sebagai isteri yang menjaga amanah suami tatkala mereka tiada di darat ini...

Setiap wanita yang berkahwin pasti mahukan perkahwinan yang bahagia dan penuh kasih sayang bila bersama suami dan anak2...begitu juga saya...saya juga mahukan begitu dan Alhamdulillah...saya menjalani hidup sebagai isteri dan ibu yang sangat bahagia...bagi saya,suami dan anak adalah segalanya pada saya...merekalah cahaya cinta hidup saya...merekalah nadi kehidupan saya...pendekkata,mereka berdua adalah segalanya bagi saya buat masa sekarang...tanpa mereka tiadalah erti dan nilainya hidup saya ini...

Tapi,setiap yang bahagia pasti ada dugaan atau penggangunya...saya mempunyai masalah yang semakin serius dengan mereka ini...sejak sebelum berkahwin,saya akui suami saya adalah seorang yang sangat taat pada mereka...apa sahaja nilai yang ada dalam akaun dia,merekalah maharaja segala-galanya..bebas berbuat apa sahaja atas amanah yang diberikan oleh suami saya pada mereka...sehingga begitu sekali kepercayaan suami saya pada mereka...hinggakan suami saya tiada simpanan pun untuk diri sendiri ketika kami berkahwin...sungguh taatkan dia...saya pun tak terkata tatkala dia menceritakan segala-galanya pada saya...kiranya suami saya ini adalah source of income mereka...tanpa dia,papa kedanalah mereka...

Oleh itu..selepas berkahwin,kami mula berkedek-kedek mengumpul kembali semuanya demi masa depan keluarga yang baru kami bina...tetapi tiap kali mula mengumpul ada sahaja perkara yang menghalangnya...ada sahaja bantuan yang diperlukan...sebagai isteri saya faham akan masalah mereka...saya tak pernah menghalang apa2 pun yang suami saya ingin berikan pada mereka...semuanya saya biarkan pada budi bicara suami saya kerana dia adalah ketua keluarga kami dan saya menghormatinya...sbb saya tahu dan faham akan tanggungjawab dia terhadap mereka...tapi saya terkilan sesangat pada mereka...kerana mereka selalu salah anggap pada saya...pada mereka saya ini adalah queen control yang mengawal duit suami saya...tapi tahukah mereka yang selama saya berkahwin ini...semua perbelanjaan diri saya sendiri termasuk duit susu dan pampers Rizqullah adalah dari hasil titik peluh saya sendiri...

Tatkala suami saya jauh dari saya dan ditengah lautan sana...tidak pernah sekalipun saya gunakan amanah yang diberikan pada saya tanpa izin dari suami saya...andaikata saya perlukan menggunakan duit suami untuk membeli susu Rizqullah pun saya minta izin pada dia,walaupun pada awal lagi dia dah bagi green light pada saya...sbb saya sedar dan saya tahu bagaimana susahnya dia di atas kapal sana untuk mendapatkan duit tersebut...walaupun hanyalah semalaman saya melihat dia bekerja...tapi cukup untuk saya menghargai setiap hasil titik peluh dia...betapa susah dan berkorbannya dia di sana demi untuk kesenangan semua insan yang dia sayangi...dia tidak pernah merungut pun pada mereka,tapi dia telah menceritakan betapa terkilan jugak hati dia tatkala bila pulang dari lautan selepas kerja keras dia di lautan...melihat nilai yang ada dalam akaun dia...sangatlah sikit...

Tapi semua itu berubah setelah dia berkahwin dengan saya....alhamdulillah,tiap kali dia pulang dari laut...nilai yang ada dalam akaun dia mampu buat dia tersenyum panjang...hasil yang ada setanding dengan kerahan tenaga yang telah dilakukannya...ya,mungkin pada anda saya seorang isteri yang bodoh...sbb sepatutnya saya dan Rizqullah adalah tanggungjawab suami saya dan saya sangat berhak keatas semua duit dia...saya sedar akan perkara itu,tapi saya telah diberi amaran oleh mereka...oleh kerana saya berkerja apa yang saya nak beli sila pakai duit saya sendiri...jangan pakai duit suami saya...dipendekkan kata,duit saya adalah duit saya,duit suami saya adalah duit mereka...

Ya Allah...tatkala ayat itu keluar dari mulut mereka...luluh hati saya,hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang terbuku dalam hati saya ini...sedih tidak terkata,terkejut jugak dengan ayat tersebut..apakah guna suami saya berkahwin andaikata dia tidak memberikan nafkah pada saya...ya,kalau saya ke mahkamah syariah sekalipun...saya pasti saya menang bergaya sbb saya tidak pernah sekalipun menyalahgunakan amanah yang suami berikan pada saya walaupun saya sangat-sangat berhak ke atasnya...

Kemuncak segalanya berlaku hari ini...tatkala saya sedang sibuk dipejabat...ketika saya sedang bermesyuarat dan kepala sedang serabut dengan pelbagai benda...saya terima panggilan dan jugak sms dari mereka meminta saya menelefon kembali...setelah beberapa minit,saya keluar sebentar dari bilik mesyuarat untuk menelefon mereka...kedengaran suara lelaki yang menjawab...terus bertanyakan pada saya...samaada saya access ke atas account/duit suami saya...samaada saya mempunyai kad ATM dia...dah tentu saya jawab ya,saya mempunyainya...lelaki tersebut pun menceritakan masalahnya pada saya...dan meminta untuk saya memberikan duit pada beliau sbb Dr advise bahawa salah seorang dari mereka perlu dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi...

Tatkala itu,saya tak tahu samaada untuk berkata ya atau tidak...sbb itu adalah duit suami saya,walaupun dia telah memberi izin tapi izin itu hanyalah untuk keperluan kami...tidak pernah pulak dia memberi izin untuk perkara yang lain...oleh itu,saya cuba untuk menerangkan pada lelaki berkenaan akan pesanan amanah suami saya tersebut pada saya...tapiii,belum sempat saya menghabiskan ayat saya...lelaki tersebut berkata dalam nada marah "kalau mak sendiri sakit minta duit anak pun tak boleh?" dan terus meletakkan telefon tanpa mengizinkan saya menghabiskan ayat saya...saya cuba untuk telefon kembali untuk menghabiskan ayat saya...yang mana saya nak cakap,sebelum saya dapat izin dari suami saya...gunakanlah duit saya dahulu...tapi panggilan saya di reject...

Hancur luluh hati saya dan tatkala itu saya tahu dan sedar bahawa walau apapun kebaikkan dan apapun yang saya lakukan...semuanya tetap salah saya...tatkala itu jugak saya sedar bahawa saya ini bagi mereka adalah penghalang atas kesenangan hidup mereka...bagi mereka saya ini penyebab hidup mereka susah dan suami saya berubah sikap...

Apakah tujuan saya meluahkan semuanya di sini???dah tentu ada tujuannya...walaupun anda semua selalu baca betapa bahagia dan gembiranya hidup saya di sini...tiba2 keluar pulak entry sedih begini...ini adalah sebahagian drama dalam hidup saya...antara saya dan suami,kami sememangnya tiada langsung permasalahan,kami sangat sangat bahagia kerana dalam hidup kami...kami berkongsi segalanya,berkongsi rasa dan tiada satu pun yang kami sorokkan di antara satu sama lain dan jugak kami saling menghargai pengorbanan masing2 untuk rumahtangga kami ini....tapi tiap kali terjadinya pergaduhan antara kami pasti kami bergaduh mengenai hal mereka...yang mana,hati saya selalu di kecikkan oleh mereka...yang mana mereka selalu letakkan saya menjadi serba salah dan menjadikan saya di mata suami seorang isteri yang jahat dan pentingkan diri sendiri...

Walaupun begitu saya bukanlah begitu,semua yang suami saya lakukan adalah atas kehendak diri dia sendiri...saya sebagai isteri hanya patuh atas arahan suami...saya sedar tanggungjawab suami saya terhadap mereka...tapi saya nak mereka nilai kembali selama ini masih tidak cukupkah pengorbanan suami saya buat mereka???dari awal zaman dia belayar hingga sebelum kami berkahwin,habis rabak duit dia kamu semua kerjakan...tapi yang tahu apa yang suami saya rasa,hanya isteri dia ni...betapa sedihnya dia,betapa terkilannya dia...hanya saya sahaja yang tahu...

Sehingga bila lagi kami perlu beralah dan berkorban begini dan melihat masa depan dan impian kami senantiasa sahaja diganggu???kami juga mahukan kediaman sendiri...kami juga mahu menyediakan anak2 kami semua kemudahan yang selesa...bukan saya berniat jahat atau apa,cuma saya mahu mereka renungkan kembali segala-galanya...di mana suami saya berada sekarang dan betapa sabarnya saya menghadapi pandangan serong mereka tanpa banyak bicara...ya,inilah pertama kali saya meluahkan segalanya...ini semua buat renungan semua...tidak semua perkahwinan itu manis dan bahagia,bila kita bahagia...pasti ada sahaja yang datang mengganggu...kalau tidak orang ketiga,pasti sanak saudara dan jugak mertua...

Saya nak mereka tahu bahawa,cubalah mula berfikir sendiri...duit yang kami ada ini tidak datang bergolek,kami berdua tinggalkan Rizqullah demi mencari rezeki...kami berdua bekerja keras untuk masa depan kami...suami saya di lautan,saya pulak berkerja sehingga lewat malam...untungnya saya punya ibu yang sangat menyanyangi Rizqullah sepenuh hatinya...dialah yang membantu saya dalam banyak hal dan tanpa meminta balasan walau sedikit pun...saya sabar menanti kepulangan suami di sini,menjaga dan membesarkan amanah terbesar dia seorang diri bersama keluarga saya...salahkah andainya suami saya membelanjakan duitnya untuk membeli sejambak bunga untuk isteri dia???salahkah??Salahkah dia menunjukkan penghargaan atas segala pengorbanan saya ini,walaupun dengan hanya sejambak bunga???

pernahkah sepanjang perkahwinan saya bersama suami saya menyusahkan mereka??tidak sekalipun saya menyusahkan mereka hatta meminta mereka menjaga Rizqullah walau seminit pun...tidak pernah saya pinta langsung dari mereka...Tapi beginilah resam hidup,walaupun berbuat baik bagaimanapun...kalau pintu hati telah tertutup,benda yang baik pun di sangka buruk...

Fuuuuuhhhh...panjang berjela kali ni mama Rizqullah menaip,walauapapun yang berlaku...hanya si dia ini sahaja peniup semangat saya untuk terus tabah...


Syukur mempunyai anak yang sangat2 menyenangkan ini...tidak pernah sekalipun dia menyusahkan saya,tatkala saya bersedih...dia selalu datang memeluk dan mencium pipi saya...walaupun usianya hanyalah setahun lebih,tapi dia cukup mengerti kesedihan hati ibunya ini...terima kasih Rizqullah...sesungguhnya Rizqullah adalah Rezeki dari Allah yang teragung buat mama...

Hanya Rizqullah sahaja penguat semangat mama dalam menghadapi segala ini...dan mama nak Rizqullah tahu yang walauapapun terjadi selepas,Rizqullah akan bersama mama...

Okayl...cukup dulu entry sedih mama Rizqullah ni...jangan ingat drama kat TV je yang jadi camni...tapi inilah realiti hidup yang jadi pada kehidupan mama Rizqullah...hingga bila saya boleh bersabar...tunggu dan lihatkan sahajalah,yang pasti selepas ini...saya akan kian jauh dari mereka..


28 comments:

aMiYs said...

hmm.. mmg ada yg mcm tu... igt kita hidup sng sbb laki bini keja.. tp x tau penat lelah kita.. sbr la ye...

dieha said...

sedey dengar permasalahan tu mas..mereka seolah pentingkan diri..tak fikir kesusahan yg kita alami..bersabar ye mas..dugaan Allah berikan...insyAllah satu hari kemanisan akan menyusul..Allah sayangkan hamba2Nya bersabar..diha faham keadaan mas..

Watie Rose said...

assalam..ini semua ujian dlm rumah tangga kann..kalau kita berdua bahagia pasti ada dugaan dari pihak luar, sy dah kawin lebih 11 tahun dan masa mula2 kawin suami terlalu memntingkan keluarga dia kerana dia anak lelaki sulung jadi apa2 hal mesti rujuk@beritahu dia dan dia jugak kerap balik kampung tanpa sy, tp sy redha dan beralah,,jadi sy penuhkan masa dgn kerja sy dan urusan rumah dan kwn2...sampai satu tahap sekarang dia dah rimas dan malas nak balik kampung lagi..kalau dulu kami kerap bergaduh kerana dia terlalu mementingkan keluarga dia tp kini dah berubah, dia cuma bagi nasihat dan bantu yg patut2 saja tidak semuanya kerana katanya kalau tidak sampai bila pun mereka tidak berubah dan menghargai dia..mungkin mas patut tinggal berasingan kerana bila tinggal berasingan baru kita boleh mengatur kehidupan kita sendiri kann..kita boleh melawat mereka bila kita lapang dan mungkin dgn cara itu mereka akan lebih menghargai mas dan suami bila dah berjauhan...

OneSimpleMother said...

semoga mas terus tabah dan berlapang dada. yakin setia yang baik itu akan dibalas dengan yang baik jua oleh Allah.. akan tiba saatnya.. dan doakan semoga mereka berlembut hati..

Amiizaa2001 said...

salamss mas,

tak terucap dengan kata2...akak tumpang sedih :(:(

apakata duit hubby, mas simpan kat akaun lain (akaun bersama) utk setiap bulan. Dan tinggalkan sedikit utk perbelanjaan family mas&anak, dan sedikit utk mil.

dari situ segala perbelanjaan dapat kita tgk berapa byk yg susut. so mereka2 tak boleh anggap hubby mas sentiasa berduit....sebab ada lagi tanggungjwab setiap bulan yg perlu dilangsaikan.

take care mas.....moga awak tabah melalui dugaan ini. (baca ayat seribu dinar selalu dikala kesedihan+lepas solat fardu, insyaallah allah menolong kita:)

alyyani said...

as salam, i read every single word. sy tak kuat kalau berada kat tmpt awak. hope awak kuat sbb awak ada rizqullah. be strong sis.

eja said...

setiap dugaan yg dtg itu tanda Allah kasihkan kita..ada hikmah di sebaliknya.
saya pun pandai cakap je..kdg2 tak tertahan juga dgn dugaan.be strong k!
rsnya cdgn amiiza2001 tu mmg bernas..:)

Ena Mazly said...

Mas,

Langit tak selalunya cerah, dan laut itu sentiasa bergelora... Memang hidup kita sentiasa di warnai dgn seribu warna....

Mas sabar ye... Kuatkan semangat dan tabahkan hati... Akak faham sgt dgn masalah mas...

Biarlah mereka dengan seribu anggapan, janji hubby sentiasa percaya kan mas... Terangkan pada hubby secara elok kalau isu ini dibangkitkan lagi nnt... Dan suami pun harusnya tahu, dimanakah sepatutnya diletakkan kepentingan setelah dia berumahtangga dan mempunyai anak.. Bukan lah kata, dia perlu menidakkan hak mereka, tp batasnya perlu ada kan dik...

Sabar ye mas...

Hanis Azla said...

sabar yer.. setiapa masalah tentunya ada jalan penyelesaiannya.. rasanya lebih elok jika suami bawa berbincang dengan keluarganya ttg keadaan skrg agar tiada yg berprasangka buruk kepada awak nnt.. klu terus berdiam dan beralah, mereka tidak akan pernah tahu masalah kita...

Take care yer..

missrivebell mumun said...

sabar kak mas..
walaupun mumun belum lagi kawen tapi, mumun dah banyak sgt dengar cerita-cerita macam nie..
diorg pun ingat kite keje lenggang lenggang kangkung ker..
sekali nk mintak pun bukan singgit dua.. nk mintak yg riban2.. suruh kerja malas.. kdg2 sakit ati gak tgk org yg mcm tu.. bergantung harap ngan org lain..

Ummi said...

terbeban rase mas..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku..tabah ye mas..

Putry Bella said...

sabar ye kak..kite simpati sgt2..insyaAllah setiap ujian ada hikmah nya..Semoga mereka mendapat hidayah daripada ALLAH ats ape yg mereka dh wat slme ni

aYaH aNiS said...

AsSalam, banyakkan bersabar. Semua itu adalah dugaan perkahwinan. Cuma banyakkan berdoa supaya mereka memahami kalian. Dan sentiasalah berdoa supaya si suami tidak berubah kerana keluarga dia. Kekalkan kasih sayang antara kalian bertiga. Walau kalian jauh antara satu sama lain, pupukkan sifat kasih sayang itu.

Tabah!!! ;)

-From Manila-

Maslina Roslan said...

Amiys,

Thanks dear for the support...

Walauapapun,kami tetap kena hormat mereka...niat tulis entry hanya nak mereka paham akan kesusahan kami dan kami ini bukalah Bank Negara...cuma bila nak minta tu,biarlah kena caranya sahaja..

Maslina Roslan said...

Dieha,

Jumpa saya nampak cam biasa je kan saya ni...hehehe..itulah dieha,saya bukan nak cari pasal atau apapun dengan sesiapa lagi2 dengan mereka...apa yang saya pinta cuma respect hak saya dan Rizqullah..itu sahaja,bagi saya cukuplah apa yang suami saya dah lalui itu,berilah dia ruang untuk bernafas...saya kesiankan suami saya...tertekan hidup dia kerana permasalahan yang x pernah habis ini..

Maslina Roslan said...

Kak Watie,

Saya memang tinggal berasingan dengan mereka sekarang ni dan tinggal dengan ibu saya dan adik2 saya.Kami tak ada masalah bila bersama keluarga saya.Even anak kami pun mak saya tolong jagakan.

Dulu suami penah cakap,lepas kami kawen dia tak mahu kami tinggal berdekatan dengan keluarganya..dulu saya x mengerti kenapa,kini saya dah faham kenapa..

Insyaallah kak watie,saya cuba kuat dan terima dugaan ini..apa yang saya mahu hanya secebis rasa hormat pada pendirian saya dan hak kami anak beranak...itu sahaja,tiada niat di hati nak perkecilkan mereka atau apapun.

Maslina Roslan said...

One Simple Mother,

Saya sentiasa berdoa yang terbaik untuk semua pihak,walaupun mereka selalu salah sangka terhadap saya,tapi saya anggap ia sebagai dugaan dalam berumah tangga,cuma saya harap mereka tidak menyebabkan kami berpisah..

Maslina Roslan said...

Amiiza,

Thank you for the suggestion,insyaallah saya cuba implementkan...cara terbaik sekarang ni saya cuma jauhkan diri,apapun...biarlah mereka cakap sendiri dengan suami saya..saya dah tak mahu jadi org tgh lagi sekarang ni..

Maslina Roslan said...

Assalam Alyanni,

Setiap wanita ini dilahirkan kuat dan tabah,cuma kita belum lagi diuji dengan perkara2 tersbut..tetapi andaikata bila berhadapan dengan masalah tersebut,saya pasti setiap wanita di dunia ini mampu menghadapinya walaupun pada asalnya kita rasa kita tak mampu...

Apapun,terima kasih atas kata2 semangat tersebut...really sweet of you..

umialya said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

akak pnah lalui permasalahan spt ini w/pun bukan 100% sama.

Org luar tetap anggap kita yg brsalah w/pun hakikat adalah disebaliknya.

Campur tangan pihak ketiga bisa mengeruhkan hubungan kita suami isteri

Apa2pun, jagalah rumahtangga ini sebaiknya dan jgn biarkan kepercayaan suami terhadap kita luntur.

Kdg2 terfikir, untungnya kita sbgi seorg wanita bekerjaya, kita x perlu mengharapkan bantuan suami 100%.

Jaga diri, jgn fikir bukan2.. anggaplah ia sebagai dugaan dan memantangkan pemikiran kita

shiela latif said...

mas...bila shiela baca ni rasa macam nak menangis...shiela faham tu...memang bermacam2 ragam bila kita dah berumahtangga ni...banyak yang kita kena bertolak ansur...semoga mas tabah, mas mmg kuat... :))

DeLLa said...

alamak..mas..selalu sy jd silent reader..baca entry mas yg hepi2 aje..kali ni sedih pulak..mesti pendam lama kan..anyway mas...be strong ok..sy pun ada juga kisah sedih..tp dah back to normal...apa2 pun doa byk2 ok

zieta hafiz said...

mas.....
sesungguhnya ini adalah ujian dr Allah.......biarlh mrk berkata apa sahaja....krn kita tiada kuasa utk menghalang mulut2 itu dr berkata-kata.....akak ada kwn yg pengalamannya sama dgn mas....malah akak rasa masalah yg sama kot......sabar ye mas

Intan said...

Mas kena tabah dan sabar ye coz you know what, kak intan pon in the same situation as you are right now :(

Kalau mas perasan, mana ada kak intan cerita sgt kat blog pasal my in laws nya family...emmm...org nampak je kita happy kan but ada juga masalah yg terselit kat situ.

Cerita nya pon lebih kurang sama dgn apa yg mas ceritakan kat sini...cuma kak intan tak bekerja macam mas.

Alhamdulillah my hubby pon on my side but we all still balik once a month rumah his mom but not to his dad's house anymore...depa nie dah cerai. His dad...emmm...dunno lah what to say.

Apa pon I'm happy right now especially bila ada suami yg menyayangi dan mencintai kita dan juga anak yg tersayang...Alhamdulillah :)

Semoga kita berdua tabah dengan ujian dari Allah ini...amin.

rynas said...

sabar ya Mas...selalu baca entry semua yg happy jer kali ni keluar yang sedih pula..akak pun turut sedih membaca entry Mas ni...susah jugakan bila ada campur tangan keluarga ni tersepit di tengah-tengah. Harap Mas bersabar dan terus menjaga rumah tangga Mas...banyakkan berdoa mg suatu hari nanti mereka akan sedar apa yang Mas lakukan untuk keluarga.

Maslina Roslan said...

Kepada semua,

Terima kasih atas kata2 semangat anda...sangat2 menghargainya...pada yang mengalami masalah seperti saya...saya doakan anda tabah dan sentiasa dalam lindungan Allah swt...

Insyaallah...saya akan balas satu persatu komen anda ini ya...terima kasih lagi sekali,mudah2an doa kalian semua termakbul...amin..

Maslina Roslan said...

Eja,

Ya...setiap yang berlaku itu dugaan dari Allah swt untuk menjadikan kita insan yang lebih baik...insyaallah,akak amik secara positif benda ini semua..mudah2an doa akak termakbul hendaknya..

PurpLe LoVeR said...

Assalamualaikum....



Sy gembira sgt jumpe blog ni..
gembira, bersyukur...ada gak org yg seangkatan...sama merasai apa yg saya alami..

pada asalnya saya ade buat blog utk meluahkan segala yg terbuku dihati...

tapi entah tak kuat nak melakukan semua itu..

oh ya sy bersyukur dan saya faham...

kita banyak kesamaannya dr segi suami yg keje misc. ada sorang hero dan tinggal bersama mak n adik saya
n kesamaan lain ...yg dlm post ni suami sy sebagai sandaran kewangan di pihak keluarganya...

huhuuuuuu kenapala baru sekarang sy berjumpe blog awak niii..huhuuuuuu


alhamdulillah sy bersyukur ada gaj org senasib sy..pernah satu ketika sy terfikir sy lah org paling malang....huhuuuu

salam perkenalan ya

 
Real Time Web Analytics