June 30, 2011

Kita mudah lupa dan alpa....

Just a simple note buat diri sendiri dan buat lelain...mama buat entry ni sbb nak ingatkan diri yang mana kita ni selalu mudah lupa dan alpa...rasanya mmg dah lumrah manusia ini sentiasa terlupa mana asal usul kita...dari mana asalnya kita bermula dan memulakan langkah...

Terus terang mama bukan nak hentam sesape,tapi just a note buat mereka yang pandang serong dan sinis tempat kompeni suami2 kami ni bekerja...macam2 acronym diberi dan tanpa disedari orang tersebut sebenarnya telah melukakan hati rakan2 lain...memang kompeni suami kami ni berkerja ada banyak kekurangannya....sememangnya kebajikan agak terabai...tapi jangan lupa suami/bf/kekasih anda juga bermula dari sini...gaji pertama mereka bermula dari sini...jadi janganlah sesukahati je nak letak acronym memacam pada nama kompeni tempat suami kami mencari rezeki...

Hanya peringatan...di tempat itulah segalanya bermula...di situlah tempatnya pertama kali semua suami/bf/kekasih pelayar kita mendapat pendedahan...tanpa kompeni itu rasanya dapatkah lelaki kesayangan kita menjadi pelaut??tanpa kompeni ini rasanya wujudkah ALAM atau nama lain Akedemi Laut??

Tepuk dada dan mula pandang jauh...sesekali jengah hati dan fikir adakah semua orang suka akan apa yang kita telah lakukan???mungkin kita nak bergurau,tapi biarlah bertempat gurauan itu...dunia ini kecil je,tidak sebesar mana pun...mama Rizqullah ni pun selalu melakukan kesilapan dan alpa...namun sesekali duduk jugak berfikir apa yang dilakukan itu betul atau tidak...adakah hati yang terluka,adakah hati yang tersinggung dan adakah yang mula tidak puashati...cermin2kanlah diri sesekali dan betulkan mana2 yang salah...tak salah memohon maaf sekali-sekala dan meletakkan keegoaan ke tepi...

Apapun,mama pun nak luahkan hati yang tersinggung atas perbuatan insan berkenaan yang mengata macam benda tentang tempat kerja suami mama...apa yg mama nak cakap ialah,sekurang-kurangnya rezeki yang suami kami terima setiap bulan itu BERKAT dan HALAL...tak der duit tepi atau apa pun...sememangnya rezeki yang mereka terima itu adalah hasil titik peluh mereka dan bukan menjual hak syarikat atau orang lain...opsss!!!kan dah emo...

Dah lah..cukup dulu,maaflah kalau ada yang terasa hati..just a note ada buat diri sendiri supaya bijak dalam mengeluarkan kata2...takut ada hati yang terluka dan mula membenci diri ini...

Rizqullah sabar menanti kepulangan ayah...
Walaupun ayah lama di lautan sana,tapi Rizqullah tahu ayah kerja teruk...
Yang penting Rizqullah tahu duit ayah terima itu penuh keberkatan...
Insyaallah,bila rezeki berkat dan halal...hidup pun bahagia dan semuanya cukup...


Janganlah kita lupa dan alpa walaupun kita dah melangkah jauh...
Sesekali tolehlah ke belakang untuk mengingati dari mana kita bermula dan jatuh...
Sebab kenangan dahulu yang mengajar kita erti kehidupan...
Pengalaman dulu mengajar kita lebih menghargai kehidupan kita kini...


Maaflah yerr pada yang sentap ke hape...mama dah lama simpan benda ni...sekali dua bolehlah tahan...kali ini sudah tarak tahan,anyway...mama dah legaaaaa...hehehe...

Lagi sekali...this is just a note buat diri sendiri agar janganlah mama mengecilkan tempat mencari rezeki rakan2 mama yang lain..walauapapun,carilah rezeki yang halal dan berkat kerana setiap apa yang kita perolehi itu akan menjadi darah daging...


Till my next luahan hati..salam 1 Malaysia buat semua...


Have a nice and beautiful day!!


11 comments:

Marsha~ said...
This comment has been removed by the author.
Marsha~ said...

aik.. sama pulak entry kita berdua... kebetulan semalam pun saya ade bangkitkan isu ni...

Golongan manusia macam tu (yg suka mengutuk company hubby org lain tu) tak boleh nak buat apelah Mas.. Dah IQ dan mentality diorg secetek tu.. Nak buat macam mana... Lack of attention..

bila org tegur, dia kata kite jeles kat dia.. hahahaha... kasihan.

LemonSusu Skyjuice said...

sangat2 stuju,ape2 pun pkerjanan janji halal...=)

Saudagar rokok said...

Manusia..ade je yang diorang tak puas hati.Ade je yang nak dimengate..

PUSINGAN KEBODOHAN DALAM PENDIDIKAN

Solehah said...

btl tu..biarkan mereka dengan labu-labunya.. :)

Mama Rizqullah said...

Kak Marsha,

Hahaha...itulah,saya FOLLOW akak and COPYCAT akak...kekekeke..itukan keje insan tu jugakkan...heeee...

Apapun,saya setuju cakap akak...bila org tegur dia kata org tu dengki dengkos ngan dia..padahal org nak tolong ingatkan je...entahlah kak,saya part2 kutuk2 kompeni hubby ni hangin sikit...

Tapi masih boleh bersabar lagi ni kak...ikut hati nak je follow jejak akak..zaasss dan caras sampai habis...hehehe...

Mama Rizqullah said...

Lemonsusu skyjuice,

Betul tu...kita cari rezeki biarlah HALAL dan BERKAT...sbb kita nak bagi makan kat keluarga kita...skrg mmg x der apa2 terjadi..tak tau kemudian hari...

Akak salute dengan semua pelaut kompeni hubby akak...integriti diri mmg tinggi!!walaupun agak teruk kerjanya,tapi tetap tabah dan sabar semua...

Mama Rizqullah said...

Saudagar Rokok,

Inilah yang dikatakan lumrah....kita yang kena ni terasa tersinggung dan terasa kecil hati...

Apa yang boleh dilakukan ialah,panjatkan doa pada Allah swt...

Mama Rizqullah said...

Solehah,

Mmg biarkan je...buat entry ni pun just tuk ingatkan diri...

Anonymous said...

Ni kutuk company suami aku jugak ni. Jangan le lebih2 ye. Suami you all nak kerja dengan company lain kerjalah.. Ada kami all kisah. Dgn company suami aku ni jugaklah dia mampu menyara kami anak beranak. Dekat 15 tahun dah suami aku kerja kat company ni, banyak offer dia dapat suruh cabut kat company lain. Tapi dia tak nak sebab sayangkan company ni. Ada kawan2 dia yg dah cabut dan dapat rm yg lagi lumayan, tapi kebanyakannya merayu nak masuk kat company tu balik sebab tempat jatuh lagi dikenang. Memang betul syarikat lain tu dapat banyak duit tepi dan belakang. Pasal tu lah suami aku tak nak. Dia tak nak bagi kami makan dengan duit tu. Sendiri mahu ingat.
Walaupun company suami aku ni memang tak berapa banyak benefitnya berbanding compani lain tapi sekurang2nya kami masih senang lenag dgn benefit yg sedikit tu... Dah keliling satu pusingan dunia dia belayar... Suami korang ada ke??? Huahauaa kan korang dah sentap
Hidup MISC

Bebehku

Mama Rizqullah said...

Anon,

Saya tak sentap...tapi saya sokong sangat2,dah hampir 10 tahun suami saya kerja ngan MISC.Kerana integriti dan iman yang kuat dia stay kat MISC demi nak bagi anak bini rezeki yg halal...mmg geram bila ada yang cuba nak jatuhkan tempat bermulanya kerjaya bagi hampir semua pelaut Malaysia...

Huhuhuhu....

 
Real Time Web Analytics