August 15, 2011

Happy 23rd Months my dear son!!!

Pantas sungguh masa berlalu...dah 23 bulan rupanya mama dan ayah menjadi parents...
Hari ni 15th August 2011,usia Rizqullah telah pun mencecah 23 bulan...
Lagi sebulan je usia Rizqullah masuk 2 tahun...


Masih segar lagi dalam ingatan mama camne perkhabaran mengandungkan-mu anakku mama terima...ketika itu betul2 seminggu sebelum ayah mula belayar...masa tu dalam kepala dok pikir camnelah nak lalui hari2 pregnancy ni without hubby around...geram+marah+kecewa semua ada dalam hati...rasa sangat time tu nak suh ayah berhenti je dari belayar...tapi itulah,mungkin ini semua percaturan yang terbaik oleh Allah swt...
Dia dah susunkan semua yang terbaik untuk semua umatnya...

Tiap kali mama pergi check-up...mesti terdetik dalam hati...issh,jelesnya tengok pasangan tu...bestnya isteri dia ada suami temankan kat sisi,sama tengok tumbesaran anak dalam kandungan...tak kurang jugak ada yang memandang mama semacam ketika mama pergi check-up...maklumlah,pergi sorang2 kaaaan...dah tentu ada yang pikir,ini mesti ngandung anak tut...sbb suami x der kat sisi...memang dugaan dan kesabaran sangat tinggi diperlukan ketika itu...bermacam pergolakkan jiwa yang terjadi...

Tapi syukur,mama dapat jugak laluinya dengan hati yang tabah...dan mama diuji dengan ujian yang cukup kuat...ketika mama sedang sarat mengandungkan Rizqullah...satu kenangan yang tak akan mama lupakan sampai bila2...iaitu kehilangan seorang lelaki yang amat mama sayang dan adore...iaitu arwah abah@angku ketika usia kandungan mama 6 bulan lebih...hanya Allah swt sahaja yang memahami dan tempat mama mengadu segalanya...bagaimana dengan perut yang membuyung mama uruskan segalanya...menjaga emosi adik-adik dan mama@uci Rizqullah yang down sbb kehilangan insan yang paling kami sayang...hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui segala-nya...


Aduuh...terflash back plak mama semua kenangan ini...kenangan yang mengajar mama untuk menghargai setiap apa yang ada dalam hidup mama...kenangan yang mengajar hati untuk lebih tabah dan kuat...dan hari ini,semua kenangan itu menjadi satu kenangan teristimewa apabila kelahiran-mu anakku Rizqullah 23 bulan yang lepas rupanya membawa seribu tawa dan senyuman buat mama,uci,mak ngah,mak lang,mak teh dan pak su...dikaulah penghibur kami dan dikau cahaya hidup kami...dikaulah jugak pengganti arwah angku di rumah...dikaulah yang mengbuat rumah huru-hara dengan jeritan dan tawamu...

Mama dan ayah sayang sangat Rizqullah...
Dikaulah anakku pengikat kasih mama dan ayah...
Dikaulah cahaya dalam hidup kami...

Rizqullah suka sangat buat muka camni sekarang...
Suka buat lawak dan menghiburkan kami semua dengan keletah-mu...
Dan paling tak tahan sekarang ni...
Cara cakap dah macam orang tua...

Dan di entry ni mama nak recap sikit achievement Rizqullah baru-baru ini...
1. Rizqullah dah pandai cakap...quite banyak word jugak yang kuar dari mulut dia...
Antaranya...makan,yak(berak),dah(sudah),nanak(tak nak),alan(jalan),dodok(duduk),ngok vee(tengok tv),upinipin,barney,bean(mr. bean),nite(good night) dan macam2 lagilah...


2. Dah pandai nyanyi lagu twinkle2 little star,the wheel on the bus and few lagu lagi..(nanti mama share video dak kecik ni nyanyi lagu twinkle2 little star with Pak Su)


3. Dah pandai demand tengok DVD UpinIpin,Barney dan youtube Mr Bean...


4. Dah pandai mengarah mama suh buat susu dan kalau mama lambat2 dia yang tarik mama suh gi dapur buat susu dia.


5. Dah pandai count one,two,three till ten and dalam versi melayu satu sampai sepuluh.


6. Dah pandai A,B,C dan lepas tu terabur entah huruf apa2 lagi yang kuar.(x perlahkan,atleast Rizqullah nak gak belajar ABC)


7. Dah pandai merajuk bila mama cakap NO kat dia...pastu pura-pura nangis sampai meleleh air mata(drama king habis nih)


8. Dah pandai nak berkawan ngan orang tapi most dia akan berkawan dengan mereka yang lebih tua dari dia...yang sebaya ni Rizqullah kurang sikit nak buat kawan,mama pun x tahu naper.


9. Dah pandai makan sendiri,senang sikit dah mama sekarang ni.Pandai gak dah sekarang ni pilih makanan sendiri dan paling favourite adalah ayam goreng dan any sup.


10. Dah pandai melompat-lompat with counting one,two,three.


11. Dah pandai naik tangga sendiri dengan method berdiri okay,bukan merangkak...haiiiihh,part ni mama gerun sikit sbb takut Rizqullah miss steps...


12. Dah pandai tido sendiri,sekarang ni x yah mama nak tepuk2 dah.Rizqullah lelap sendiri je,tapi kena minum susu dulu baru leh tido ngan nyenyak.


13. Dah tak der jaga2 malam lagi dah sekarang ni,mama sahur pagi pun tenang je sbb Rizqullah tido dengan nyenyak.


14. Dah tahu bila mama pakai cantik2 dia pun akan minta tukar baju,konon2 nak ikut jalan sama...huhuhu...


15. Dah kenal Kereta,lori,motor dan bus....kalau dalam kete tu,Rizqullah memang suka tengok luar and tunjuk/tanya kalau ada benda dia nak tahu.


16. Pandai ngajuk balik apa orang cakap..grrr...

Ini adalah antara achievement Rizqullah sepanjang beberapa bulan nih,mulut tu kalau bercakap dah macam bertih jagung,ada je benda yang dia nak cakap...penat jugak kengkadang tu melayan cakap dia...tapi walauapapun,ia tetap menghiburkan hati mama...


Part yang paling kelakar bila aksi dan kata2 Rizqullah dah macam orang2 tua..."Oooo,cantiknyerrr"...haih,dah macam Sin Chan pun dah ada gak mama rasa...


Apapun...


"Happy 23 months young my dear son"


Semoga Rizqullah terus menjadi anak yang membanggakan mama dan ayah..
Anak yang mendengar kata dan taat pada mama dan ayah...
Sesungguhnya segala doa yang terbaik dari mama untukmu anakku sayang...


Till my next entry...salam sayang buat semua....

Happy Monday blues...ekekekeke...

^____^

8 comments:

bonda dadif aka akish said...

gud boi la......

hepi 23 mhts old rizq...

=)

syiela said...

hepi 23 mth riz.. moga terus jadi anak yg bijak

syiela said...
This comment has been removed by the author.
khairul said...

jgn nakal2 taw

asnizaziz said...

23 months da besar dah..huhu.be a gud boy ya dear! :)

dey said...

Waaah da BIG boy ;)

KasihDariLaut said...

Alhamdulillah, seronok tengok anak2 membesar kan? Rezeki dan Amanah ALLAh buat kita

Mama Rizqullah said...

Thank you semua...

Doakan Rizqullah jadi anak yang soleh dan berjaya ya...

*__*

 
Real Time Web Analytics