November 4, 2011

Fish and Potato Pie...

Kali ni mama nak main masak2 plak lah...
Selalu dok baca blog orang citer masakan dorang kaaaaann...
Kali ni mama Rizqullah pun nak tunjuk skill...
**cewwaaahh...skill lah sangat kaannn...**
Tak kiralah...janji nak jugakkan mama Rizqullah ni memasak...
Kalau idak...selalu dok pakai laut tunjuk je...
Tak pun main order jelah kat kedai mamak....
Nasi goreng kurang minyak,kurang garam,kurang sayur,kurang pedas satu...
Haaaaaa...amikkan ko..terlarat ke nak layan 100 customer yang minta memacam camni...
Seme pun nak kurang...hehehe...

Opsss...sudah melalut plak yerrr...minta maaf ya puan-puan semua...
Saya ni kalau menaip kat blog memang laju je tangan tekan keyboard nih...
Tak pikir panjang pun kengkadang tu...kalau part melalut memang leh bagi saya...
Heeeeeeeeee....

Dan kali ni mama actually mama nak bukak class masak 
"Fish and Potato Pie"

Senang je resipi ni sebenarnya...main agak-agak dan campak-campak je...
Tak caya????

Jom tengok Resipi dan gambar2 yang sempat mama captured ketika memasak...

*****************************************************

Bahan-bahan :

1. 1 1/2 kilo (lebih kurang 3 Keping) isi ikan Dory
2. 1 kotak susu segar
3. 5-6 biji kentang Russet
4. Garam secukup rasa
5. Lada hitam secukup rasa
6. Parmesan cheese secukup rasa
7. 1 biji bawang besar
8. Daun Parsley secukup rasa(terpulang pada hak individu.Nak banyak green things...letak lebih)
9. Mozarella cheese secukup rasa

Cara-cara :

1. Potong ikan dalam bentuk dadu sederhana besar.Bersihkan dan toskan.
2. Kemudian,marinate ikan dory dengan susu segar.Seelok-eloknya dalam 2 jam,lebih pun tak per.Infact lagi elok,sbb lagi lemak berkrim rasa ikan tu.
3. Bersihkan kentang dan rendam dalam air bergaram lebih kurang dalam 20 min.Kemudian, rebuskan kentang.Jangan lupa letak sedikit garam.Rebus hingga kentang kelihatan empuk.(biasanya kentang Russet ni bau dia sedap dan manis bila dah masak)
4. Toskankan kentang tadi dalam satu bekas,biarkan sejuk sedikit.Kemudian,lenyekkan kentang tersebut dengan sedikit parmesan cheese dan jugak sedikit daun parsley.Nak bagi rasa pedas2 sikit,boleh tambahkan lada hitam untuk buatkan mashed potato rasa pedas-pedas sedikit.
5. Garam secukup rasa dan jugak susu untuk melembutkan lagi tekstur ubi kentang tersebut ketika melenyekkan ubi kentang tadi.
6. Panaskan 3 sudu butter,kemudian masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu tadi.
Masukkan ikan Dory yang telah dipotong dadu tadi dan akhir sekali masukkan secawan susu segar ke dalam bahan tadi.Masak hingga naik bau (wangi) atau 3/4 masak ikan tersebut.



7. Susun ikan dalam mangkuk tahan panas atau tray pembakar,kemudian letakkan sedikit kuah dari masakan ikan tadi dalam tray.



8. Tuang dan ratakan ubi kentang dalam tray seperti gambar diatas.
9. Taburkan lapisan nipis mozarella cheese di atas ubi kentang tadi dan bakar dalam oven dalam suhu 180c selama 30 minit.

Dan inilah hasilnya selepas 30 min membakar...
Yang ni mama dah tuang extra mozarella cheese lagi atas dia...
Baru sedap banyak cheese...

Oh!!!sangat sedap dan enak di makan ketika panas dan hari hujan...
Terasa kelazatan dia seperti makan pizza di pizza hut...
**Ahaksss...yo-yo-an je kan...**

Okay...pada sesiapa yang nak mencuba...silakanlah ek...kalau dah buat ni tak yah masak nasi lagi...nak tahu camne rasa dia...cuba tanya opismate and sedara-mara kami yang dah merasa...pada mama,for the seafood and cheese lover...this is something you need to try and taste...

Memang mengenyangkan sangat...sebab dia agak heavy with fish and potato...

Okaylah...selamat mencuba!!!

**Weee...hari ini sudah hari Jumaat...seronok coz Rizqullah tak yah gi skool for 4 days...leh dia manja2 ngan mama dan ayah kat rumah...huhuhu..pagi tadi sampai je depan skool dia..Rizqullah dah nangis cakap "Nanak"...huhuhu...dia x mo gi skool plak,tapi mama terpaksa gak antar Rizqullah gi sana coz next week kan dah cuti raya haji...tak per ya sayang...be strong...

Alhamdulillah...syukur rezeki Rizqullah,tahun ni nek ngah sponsor buat korban tuk Rizqullah...Thank you Nek Ngah,really appriciate it..last year mama punya turn Nek Ngah sponsor...this year is Rizqullah turn plak sekali with Damia dan Mamat...syukur rezeki sentiasa dimurahkan tuk si kecik ini..pada Nek Ngah@Angah semoga dimurahkan rezeki  Angah selalu dan happy selalu...Kakak dan suami ucapkan terima kasih banyak2 atas sponsorship tu...**

2 comments:

Cik tikah said...

wah! nmpak sgt lazatlah mama :)

Mama Rizqullah said...

Cik Tikah,

You should try...memang sedap and mengeyangkan...

 
Real Time Web Analytics