June 1, 2012

Sudahlah...

Bukan nak balas or buat apa2 komen...
Just nak luahkan sikit apa yang terpendam di hati dan sanubari nih...
Kadang2 manusia ni mudah lupa kaaannn...
Tak pun tak amik pun iktibar atas apa yang berlaku...

Bukan apa...mama kecewa dengan sikap sesetengah orang ni...
Menggunakan hadis-hadis mahupun sunnah nabi tuk dijadikan bahan perli...
Tak kiralah nak perli siapa pun...konon niat untuk berkongsi,tapi disebalik niat tu...
Tersimpan seribu satu dendam yang tak terluah dengan kata2 kesat...

Memang kadang2 luka dihati itu hanya Allah swt sahaja yang tahu..
Tapi bila post benda2 camtu kat wall FB,blog,twitter...
Rasa-rasanya ada tak orang lain yang tersentap...
Walaupun kengkadang tu niat kita nak perli orang lain...
Tapi hati manusia ni sebenarnya complex dan bermacam-macam ragamnya...
Macam pepatah orang lama "Rambut sama hitam,tapi hati lain-lain..."
Tapi ada kemungkinan jugak orang yang tak der kena mengena akan terasa...
Selain tu,dalam diam kita jugak sebenarnya dah buat orang lain fikir bukan2...


Apapun yang berlaku sebenarnya...
Apa yang perlu kita buat ialah muhasabah diri sendiri dan cuba kawal diri dari menampakkan dalam keadaan marah...
Yup...cakap mmg senang kaaan??
Kita tak berada di situasi itu...tapi sebenarnya apa yang kita buat adalah cermin diri kita...
Bila kita post dengan niat nak memerli...secara tak langsung orang lain sebenarnya boleh tahu akan niat tersirat kita tu...walaupun kita claim kata 'sharing is caring'...
(I kinda hate the phrase 'sharing is caring' now,coz most of ppl are misused the phase for 1001 personal reason.)

Hmmmm...kenapa hari ni mama buat post camni???
Coz penat okay tengok orang post macam2 pasal politik tapi menggunakan hadis2 dan sunah2 nabi...tak kurang jugak yang nak perli suami ke,kawan2 ke...pun sama je methodnya...plissslah...sebelum nak keluar macam2 hadis or kata2 keramat dari mana2 tokoh mana sekali pun...pi amik cermin dulu,adakah kita ni perfect sangat sampai nak buat post2 camtu...mama tahu,mama pun tak perfect...tapi honestly kadang2 rasa macam what is the point dorang ni buat semua ni??

Berbaloikah??adakah semua itu membantu??
Jawapan dalam diri anda sendiri..
Bukan lah mama Rizqullah ni rasa apa..it's just kena betulkan niat dululah kot sebelum nak share apa2 kat FB,blog,twitter or what so ever medium kat internet ni...
I know it's your FB wall or apa2lah kannn...
Tapi be sensitif sikit coz ramai yang membaca dan menilai sekali gus dalam diam...

" Peace...peace kacang pis" bak kata Rizqullah...
Haiiiiihhh...ayah helppppp!!ini budak sangat suka bergaya kalah pompuan...
Itu pun topi baru dia pau mama kat The Gardens...
Konon2 hensemlah tu...aiiyyyaaakk...
Sukahatilah Rizqullah sayang...apapun,sekarang ni terlayanlah mama...
Dah ada adik nanti...Rizqullah kena bagi laluan kat adik yerrr...


Okay...mama buat entry ni bukan nak gaduh ke apa...just peringatan tuk diri sendiri jugak...
Bak kata En Suami,kurang-kurangkanlah berFB,berBLOG dan macam2 lagi...
I bagi u Ipad,Smartphone and etc...tapi bijaklah dalam menentukan hala tuju diri dan hidup..jangan sampai ada banyak mulut bercerita benda tak elok tentang diri sedangkan kita bersederhana dalam hidup...sedangkan kita tak ganggu hidup orang...
Dan apa yang mama belajar dari kehidupan ini..banyak manusia yang dengki dan tak puashati dalam kehidupan kita...tapi seeloknya jadikan PHD tu sebagai penguat semangat untuk memperbaiki diri dan kualiti hidup..bukan nak jatuhkan orang lain...

Ingat janganlah kita yang tigger 'fitnah' tu sendiri...dan jauhkanlah diri jugak dari membuat 'fitnah'...kalau rasa nak tahu sangat..better bertanya sendiri pada tuan badan...itu yang mama selalu amalkan..it's better dari mendengar bermacam-macam khabar angin...

Okay,cukup dulu entry bebelan hari ini...pada yang tak faham abaikan jelah apa yang mama Rizqullah bebelkan ni...hehehe...

Till my next entry,salam sayang buat semua...

Have a nice and beautiful day!!

**Hari ni adalah hari Jumaat,hari untuk muhasabah diri...**

9 comments:

Rose said...

sokong 100% :)

KasihDariLaut said...

erm macamm sekarang nih

dik non said...

Dunia macam2..but i agreed!

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

outbound malang said...

kunjungan gan .,.
Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Mama Rizqullah said...

Thank you Rose..entry makan dalam plus berani mati ni...huhuhuh...

Mama Rizqullah said...

Kasih dari laut,

Sekarang ni tak gna hadis pun...i just my luahan rasa tentang penggunaan hadis,sunah mahupun kata2 tokoh yg berbaur perlian dlm fb,blog or wut so ever medium lain.selalu byk digunakan oleh pengikut2 politik ni.

Mama Rizqullah said...

Dik non,

Yerr dunia macam2,orang pun macam2,mulut pun macam2,hati pun macam2...itulah dunia.

Mama Rizqullah said...

Outbound Malang,

Kepercayaan kalau udah tercalar,enggak bisa dipulihkan balik.Tp mau menjaganya sememangnya susah,melenyapkannya sekali aja...

 
Real Time Web Analytics