October 30, 2012

New Header...

Akhirnya setelah sekian lama...
Mama mengambil keputusan untuk menukar header blog ini...
Entah kenapa this few days melimpah-limpah plak idea nak make over semua benda...
Haiiiihhh...apa kenalah plak ek ngan mama Rizqullah ni??

Tak der apa2 pun yang berlaku sebenarnya...
Cuma idea tertiba datang melimpah ruah sekarang ni...ditambah lagi dengan hati yang tenang dan senang...
Barulah idea mai mencurah-curah...dah x mo pikir dah tentang 'orang2' yang menyemakkan hidup mama Rizqullah...following my BFF advise yang mana memang sangat memahami mama Rizqullah ni...hiksss...so,updating blog as usual baliklah kaaann...

Well sukahati I lah kan nak update apa kat sini...
Korang tak suka baca...GO TO HELL lah kannn...ada aku kesah!!!
**Kan dah garang...**

Back to the main tittle...
Inilah dia hasil tak der kerja dan mengisi masa lapang mama Rizqullah...
Dari header ini

|

|

\/


Ke header yang sebegini pula...


Okay....dah,cukup dulu entry pendek untuk kali ini...

Very the busy kalah the bee dah sekarang ni...(kengkononlah kaann...sempat plak update blog...ceeehhh...pfftttt...)

Till my next ngomelan...have a nice day everybody...

Salam.









October 25, 2012

Quran the perfect companion...

Semakin canggih sekarang ni applikasi untuk gajet2 seperti handphone mahupun ipad..it's actually up to us...what to choose for those application to be always with us.

Okay...dah lama mama tak share entry yang mendatangkan ilmu pengetahuan..selalu banyak bercerita perihal Rizqullah mahupun kami sekeluarga...so,this time entry mama nak share satu application yang mama download dari playstore...serius,mama terus jatuh cinta with this application since the application was vey useful.

Nak tahu apakah application tu...silalah lihat printscreen2 yang ada mama tepekkan di sini...

Permula bicara....
Loading Page/Landing Page...


List of Surah in the electronic Quran...
Dari Juz 1 hinggalah ke Juz 30...



Antara surah-surah yang ada dalam Quran ini...

Sangat mudahkan???Sekarang boleh baca Al-Quran di mana-mana...
A thumbs up mama berikan pada insan yang develop applikasi ini...sbb apa mama bagi thumbs up...sbb tiada iklan ketika running applikasi ini...yang mana selalunya kalau applikasi percuma ni kan banyak iklan sana sini bertepek ketika the application was on running...

Terima kasih pada developer applikasi ini...sbb tiada agenda tersembunyi ketika memberikan applikasi ini secara percuma...

Okay,ini antara menarik yang mama nak kongsikan...kalau ada apps yang menarik dan mendatang kebaikkan will be sharing the apps di sini...insyaallah...

Till my next entry,salam sayang buat semua...

~~ Ikhlaslah dalam mencari rezeki kerana bila kita ikhlas rezeki yang diterima secara automatik akan menjadi berkat...yang penting jangan propa selalu@depan bos punyalah rajin...tapi bila boss tak der...MIA je selalu...rezeki tu nak bagi anak bini makan,maka beringatlah yerrr...~~

Published with Blogger-droid v2.0.9

October 22, 2012

Bon Voyage Ayah...

Akhirnya...hari yang ditunggu-tunggu tiba...
Ayah need to leave us for his job and responsibility as a marine engineer ...
 Apapun...kali ni mama dan Rizqullah dah bersedia...
Actually cam mama cakap pada ayah...
Mama tak sempat nak sedih...

Sebab apa mama tak sempat nak feeling2 sedih dan emo???
Sebabnya I have tons of things to think and do...
Serius sampai x der ruang nak pikir suami kena belayar and what going to happened to us??
Dah sampai harinya barulah mama pikir what to do...
Dannnng!!!!...banyak giler kerja kat opis...
But anyhow pun...still okay lagi...still ada ruang untuk bernafas cuma tak der ruang nak pikir benda lain...
Syukur disitu...sekurang-kurangnya mama kuranglah sedih kaaaann...
Tak derlah meroyan apapun....cool and steady je kali ini...
Tak der terkenang-kenang sangat nasib yang tertulis ini...
**Thank you Allah swt for everything...syukur with all Qada' and  Qadar written in my life by YOU..**

Tapi itulah...dalam tak sempat sedih tu...
I do take atleast 1 hour to heal back...
Nak tahu kenapa mama cakap camtu...
Cer tengok pic bawah ni...

|

|

|

|

|

|

\/

Haddddoooiii...seeing both my hero mengalirkan air mata tatkala lagi beberapa minit nak berpisah...SANGAT meruntun hati ini okaaaaayyy...
Dalam hati ini ketika tegar tak mahu mengalirkan air mata..(kengkonon toughlah kaaan...)
Sudahnya mengalir jugak air mata sebab tengok anak dan ayah ni sedih...
Mama faham kenapa Rizqullah sedih dan ayah jugak sedih...
It's been 4 months plus being togetherkannn...
Lengkap satu keluarga...tiap2 hari Rizqullah boleh sebut "ayah" and calling "ayah"...
Sekarang kena tunggu 4-6 months to meet ayah balik...
Apapun...hope semua urusan kita sekeluarga ini dipermudahkan dan dilindungi....

Dan sebelum berpisah...sempat jugaklah bergambar sekeluarga walaupun ia hanyalah sekeping gambar yang sayu...

K.A.M.I...
Semoga kami dapat berkumpul semula nanti dalam masa 4-6 bulan akan datang...
Dan KLIA ini selalu jadi medan perpisahan dan pertemuan kita...
KLIA ini jugak mungkin akan jadi medan terakhir pertemuan kita andai ada antara kita yang dijemput Allah swt dulu...***wallahualam**
Namun,saban hari ku berdoa agar kita sekeluarga dipanjangkan umur untuk berkumpul dan bertemu semula bila tiba masanya...
Apapun...ayah balik nanti kita sambung lagi renovate rumah...
Hikssss...banyak okay plan mama dalam kepala nih...
Holiday + Deko2 rumah + shoppingssss...

Ini adalah antara sedikit yang berlaku dalam hidup kami...dah jadi rutin sebenarnya dalam hidup mama dan Rizqullah ini...tapi mama tetap bersyukur sebab mama masih ada ibu dan adik2 yang selalu berada di sisi mama...tak lupa jugak my in-laws yang banyak support mama and Rizqullah bila ayah tak der...Thank you so much to semua...sayang anda semua...apapun,I do appriciate each person in my life...

I do remember semua pesanan anda...and as I mention our house is open for all of you to come even though Ritz is not around...just call me to come,leh prepare masak2 makan reramai...rindu nak masak untuk en suami...
^___^

Okaylah...rasanya cukup dulu entry tuk kali ini...penat dah satu hari dok refresh email tunggu perkabaran dari insan kesayangan saya yang jauh di lautan sana...kalau refresh email opis memang ada je yang asyik masuk...**huksss..**
Email cinta jugak yang ditunggu...tapi apakan daya...menanti dan terus menanti...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah buat semua...

Have a nice and beautiful day!!!


October 18, 2012

Tatkala kita lalai,ada orang yang mengintai peluang...

Email ini mama dapat dari seorang rakan di pejabat...tatkala membaca cerita yang dikongsikan...macam biasa,hati ibu manalah yang tak keruan dan resah andai terjadinya perkara ini dalam hidup kita...bagi wanita yang senasib dengan mama Rizqullah...please do take extra care during our hubby is not around or not with us...sedangkan mereka yang ada suami disisi 24 jam pun boleh menghadapi bahaya camni...inikan insan/wanita seperti kita...

Apapun...do take extra care okay!!!look around the perimeter and kalau boleh pergilah amik mana2 kelas mempertahankan diri....

Dah...jom baca cerita yang mama nak kongsikan...

***************************************************************
Untuk dikongsi bersama

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.
Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak
akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).
Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke
Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan)
manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)
Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk
membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak
yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan
hidup kerana air-corn masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga
yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri
yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek.
Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.
Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi
meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain.
Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.
Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek,
sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek
supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya.
Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya
Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.
Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam. Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :
         i.            Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian
       ii.            Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan
      iii.            Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan
     iv.            Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)
       v.            Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan
     vi.            Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”
    vii.            Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita
  viii.            Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code
     ix.            Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)
       x.            Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….
Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)


*****************************************
 Jagalah insan kecil kesayangan kita semua...
Kerana merekalah harta dunia dan akhirat kita...
Duit dan harta boleh dicari dan diganti...
Namun nyawa tiada galang gantinya...

Okay...till my next entry...

Salam sayang dan salam ukhwah buat semua...

**Psssttt...sorrylah yer kalau ada yang tersentap apa bagai with kata2 mama Rizqullah ni...apapun,kebenaran itu kadang2 memang melukakan...just take a moment dan nilaikannya yerr...**

Have a nice day!!!

October 16, 2012

Less than one week...

Less than ONE week je lagi ayah will be off back to the seas...
Setelah more than 3 months cuti...
Akhirnya tiba kembali panggilan laut ini...
Luckily everything pun dah settle...

Bila dah pindah duduk rumah sendiri ni...
Ada orang pun dah lupa dia kena kembali ke laut...
Dah siap sound cakap kalau leh nak keje darat....
^______^

Mama lagi suka kalau ayah kerja darat...
Atleast i'm not alone and anak2 kami pun dapat penuh kasih sayang seorang ayah...
Apapun,hope one day impian ini terlaksana...
Tapi buat masa ini...biarlah lautan yang menjadi punca rezeki kami...

Since ayah pun tinggal few days sahaja lagi dengan kami...
Haruslah masa dihabiskan bersama-sama sekeluarga...

I'm sure ada orang akan demam rindu pada ayah dia...
Mana tak nya...semua pun dengan ayah...
Main game,tengok TV, Jalan2 gi kedai belikan grocery tuk mama masak dan macam2 lagi...
**Tak tahulah mama leh tahan ke tak tengok Rizqullah nanti...**

Seee....tido pun dengan ayah sambil tengok tv...
Tak tahulah yang kat atas kapal tu pun demam jugak nanti ke tidak...
Apapun,isteri-mu ini mendoakan semoga dikau suamiku sentiasa dalam lindungan Allah swt...
Semoga segala apa yang dikau lakukan dalam mencari rezeki untuk kami dipermudahkan dan diberkati sentiasa oleh Allah swt...
Sesungguhnya aku amat mencintaimu suamiku Mohamad Redzuan...

Semoga selama 4-6 bulan ini semua perkara untuk mama dipermudahkan...
Ada 2 rumah mama nak kena take care...
Satu di Kelana Jaya dan satu lagi di Shah Alam...
Alhamdulillah...sekarang ni mama dah biasa with this life...
At first the transition was quite tuff for me since terpaksa berjauhan dengan adik2 dan mama@Uci Rizqullah...tapi alhamdulillah,sekarang semua dah ok...
Walaupun sunyi sikit compare to biasa yang mana ada suara adik2 yang memecah kesunyian kerana dorang sibuk dok kacau Rizqullah..
Tapi sekarang ni,Rizqullah plak yang asyik rindu-rinduan dengan mak ngah,mak lang,mak teh and pak su dia...not forgetting sekarang ni Rizqullah dah pandai request nak balik rumah nenek and rumah Uci...

Apapun,setiap perkara mesti berubah...lebih baik kita berubah kepada kebaikkan instead choosing the wrong way kaaann...
So,bila duduk atau tinggal sendiri ini sedikit sebanyak mama belajar untuk lebih berdikari dan lebih tegas dalam membuat keputusan...
And alhamdulillah...syukur,I'm happy with all decision I've made...
Antara decision yang mama rasa happy dan puashati dilakukan adalah...
Live in my own way and life...

Okaylah....cukup dulu sampai sini...sekarang ni mood nak mengupdate sudah makin menipis .Walhal banyak je lagi cerita yang nak dikongsikan...butttt,maybe a little secrecy is more better kooot...macam En Suami cakap,jauhkan diri dari bergosip dan mengosipkan orang...atau dalam erti kata lain dari En Suami saya..."Jaga tepi kain sendiri lagi baik dari jaga tepi kain orang"...huhuhu...walaupun pedas kata2 dia tu...tapi ada betulnya...

Till my next entry(kalau rajin..)...have a nice and beautiful day buat anda semua...

Semoga hari anda diberkati dan ceria bersama insan2 kesayangan anda...

**Senyumlah dan hargai setiap saat dalam kehidupan kita ini,kerna kita tidak mungkin tahu apa yang akan terjadi untuk saat seterusnya...therefore,live in meaningful life instead of comparing your life with other peoples...coz only us can make the difference and the changes...**

~~ END ~~

October 9, 2012

Test masak "Ketam sweet sour"

Pada yang kenal dan tahu,mama Rizqullah is fully time worker at one financial institution kat KL...so, definitely my time is fully utilized at office.Time weekend jelah rajin sikit tuk memasak...and I have confession to make...

Mama Rizqullah memang tak pandai masak!!!
Nak tahu kenapa???
Coz all this while I was fed by my mom with good and healthy food...
I have to say that she was the great chef in the house...

Dah masuk umur 30 tahun pun...mama Rizqullah masih dapat merasai masakan air tangan mama@Uci Rizqullah...alhamdulillah...so,due to dimanjakan oleh masakan mama@Uci Rizqullah setiap hari...makanya secara automatiknya mama Rizqullah amat liat masuk ke dapur untuk memasak...balik kerja je depan pintu dah tanya mama@Uci Rizqullah masak apa hari ni...tapi kalau time lapar sangat,rajin call tanya mama@Uci Rizqullah masak apa hari ni...

**I'm sure my mom was missing me asking what she cooked today??
While makan mama@Uci Rizqullah will accompany me and asking what happened today at office and etc...so,heaven kaaaan???ada orang amik berat kat kita tanpa ada rasa prejudis pun...itulah dia kasih sayang seorang ibu yang tiada tandingannya...syukur Ya Allah atas rahmat mu ini..walaupun bermacam dugaan kau berikan pada aku...namun rahmat teragung  ini  buat diriku makin cekal dan tabah menghadapi segalanya...so missed everything now!!!**sigh***

Okay...pada yang biasa memasak..resipi ini biasa je..
Tapi saja je mama Rizqullah nak tepek kat sini bahan2 and picas hasil dari process menghiris bawang hinggalah mengcampakkan semua bahan tersebut ke dalam kuali dan menjadi suatu masakan yang di beri nama "Ketam Sweet Sour"


Bahan-bahan :

5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 biji tomato
3 ekor ketam
Setengah batang lobak merah
6 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili boh(kalau nak pedas)
Garam secukup rasa(1 sudu kecil)
Gula secukup rasa(1 sudu besar)
2-3 sudu besar Minyak masak
1 cawan air

 Cara-cara :

**Boleh google...ada macam2 cara masak masakan Sweet sour ni...
Jangan marah haaaaaaaa.....
^______^ **

Dan gambar di atas itu adalah hasil dari resepi masakan mama Rizqullah...
Hasil masakan yang secara ikut suka hati je....yang best tu mama terlupa part gula,luckily rasa sweet sour tu okay...^____^

Oh!!kenapa plak tertiba mama Rizqullah memasak Ketam Sweet Sour ni???
Huhuhu...tentulah bersebab kaaann....
Coz on last Sunday kami ada jemput keluarga terdekat dan rapat untuk housewarming rumah kami...ada few lauk-pauk lain yang mama masak sekali...

Okay...experience orang tak pandai masak suh masak for lunch tuk tetamu yang lebih dari 10 orang...sangatlah mencabar for me...maklumlah,first time okay!!!!
Cuak dan kalut sangat....
Apapun...everything goes smoothly as planned with ayah help di dapur...
Kesian agaknya dia tengok mama bersilat and kung fu dah kat dalam dapur...
Mana taknya...pinggan mangkuk seme nak kena siapkan...
Dalam kepala masa tu pikir by 12 PM semua dah kena ready atas meja and mama pun dah siap mandi by 12 PM...

Alhamdulillah...berjayalah jugak masakkaaann...
So...pada mereka yang tak pandai masak...masak leh belajar!!
Itu yang mama Rizqullah nak cakap...

Okaylah...bebelan panjang sikit hari ni...pada mereka yang nak tengok sangat camnelah rupa and deco rumah kami...maaflah yerrr...buat masa ni...NOTHING TO SHARE...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah buat semua...

Have a nice day!!!

October 8, 2012

Panorama Petang kami...

Syok pulak mengodak function dalam Samsung SIII....
Punyalah lama baru ada masa nak exploring...**sigh**

Apapun...seronok jugak merakam panorama petang di tempat baru kami ini...
Alhamdulillah...after nearly a month kat sini...
Akhirnya dapat jugaklah exploring sikit tempat ni with kaki...
Kalau x selalu lalu pakai kereta je...

Antara yang sempat mama capture di petang  Ahad yang lepas ini...
After activity makan2 with family terdekat...



Dah kenyang makan...petang hari Rizqullah ajak gi Playground...
Suh mama dan ayah exercise after makan2...

Apapun...thanks pada yang sudi datang ke rumah kami di Ahad yang lepas...
Insyaallah will do other session untuk yang lain pulak...

Okaylah...just a very short entry je malam ni...

Till my next entry...salam sayang buat semua...

Have a nice day!!!

October 3, 2012

WW : ♥♥♥♥...Wall Deco...♥♥♥♥

Mama Rizqullah mabuk dengan wall deco sekarang ni...
One of wall deco yang ada di bilik kami...


Itu je nak share hari ni...tak der mood nak story the mory lah hari ni...

Apapun...happy wednesday...semoga semuanya indah hari ini...

Senyumlah kerana dengan senyuman kita dapat memulihkan luka di hati...
Berilah kemaafan kerana dengan kemaafan kita dapat melangkah lebih jauh...
Namun,parut dari luka itu mengajar kita untuk berhati-hati...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah buat semua!!!

Have a nice day!!!

 
Real Time Web Analytics