March 6, 2013

Hidup ini bukan dramalah...

Ambooiiii...tajuk bukan main kannn...

Tapi memang benar...hidup ini adalah suatu realiti dan bukanlah satu drama mahupun mimpi indah seakan novel melayu...
Hidup juga tidak bererti jika tiada secebis kisah yang dinamakan cabaran ber'bin'kan dugaan di dalamnya...
Tiada sedikit kedukaan mahupun kesakitan di dalamnya...
Kesemua ini di namakan rencah dan asam garam kehidupan dipendek katakan...

Inilah yang dinamakan kehidupan...
Kehidupan sepatutnya mengajar kita erti bersyukur dan menghargai setiap apa yang kita perolehi dalam kehidupan kita...
Bukannya untuk membandingkan diri kita dengan orang lain...
Kehidupan juga sepatutnya mengajar kita menjadi lebih matang dan bukannya kebudak-budakkan...
Kehidupan juga adalah juru ukur jati diri kita ini...
Di mana letaknya diri kita sebenarnya...

Kadang-kadang manusia ini mudah terlupa...
Mudah ralit dengan apa yang dihidangkan depan mata...
Selalu menjadikan drama-drama sebagai aset untuk menjadikan realiti itu suatu mimpi indah...menjadikan cerita-cerita novel sebagai sandaran hidup dan mengimpikan putera khayalan itu muncul dalam kehidupan dan seterusnya menerangi kehidupan yang diimpikan...

Tapi malangnya...

HIDUP INI BUKAN DRAMALAH!!!
Wake up dan sedarlah!!!

Kita perlu bekerja keras untuk berjaya...
Kita perlu ada misi dan visi dalam kehidupan...
Kita perlu ada sesuatu sasaran dalam kehidupan...
Tiada apa yang akan berubah jika kita masih melihat kehidupan orang lain yang makin berjaya walhal kita masih berpeluk tubuh di sini..
Melihat dan terus melihat tanpa berbuat apa-apa...
Yang hanya kita lakukan adalah menjaja cerita untuk saban hari...
Si pulan ini si pulan itu sekian dan sekian...
Bercerita kejayaan hidup orang lain dan bila kita nak bercerita tentang kejayaan kita dalam hidup???
Seolah-olah kitalah yang paling "up-to-date"...
Tanyalah diri dan tanyalah hati...

Sudah cukupkah apa yang kita kecapi dalam kehidupan kita??
Sudah puaskah apa yang kita ada dalam hidup kita??
Ya!!!manusia itu tidak pernah puas dan tidak pernah kenal erti bersyukur...
Tapi orang yang beginilah yang berjaya...
Sebab dia tahu apa yang dia mahukan dalam hidup...
Dia tahu yang hidup ini bukanlah drama...

Orang yang berjaya tahu dan sedar hidup ini adalah satu realiti dan dia pasti akan apa yang dia inginkan dalam kehidupan dia...
Semoga kita semua sedar bahawa semua drama itu menipu...
Tiada pun kehidupan yang seindah dalam novel-novel mahupun dalam drama...
Yang ada dalam novel dan drama hanyalah satu khayalan penulis semata...
Hanya layak dijadikan satu khayalan sahaja...

~~ Tammat ~~



0 comments:

 
Real Time Web Analytics