April 17, 2013

Marine Wife Life...#Luahan Hati Seorang Isteri

Siapa kata hidup kami ni awesome?????

Orang tak nampak apa yang kami lalui saban hari...
Orang tak tahu apa yang kami lakukan hari-hari untuk meredakan gelojak rindu sang anak pada ayah mereka hari-hari...
Orang jugak tak pernah tahu yang mana bila kami sakit...kami sangat memerlukan bantuan seseorang untuk menjaga anak2 kami...bila kami avoid untuk tinggal di hospital,kata2 sinis dikeluarkan...tapi adakah anda tahu apa yang kami alami saban hari???

Betullah orang kata...sometimes,bila orang tak berhadapan dengan apa yang kita hadapi...mereka hanya tahu berkata-kata...hanya tahu komen...komen...komen dan terus komen...
Inilah dia pandangan segelintir masyarakat pada keluarga seperti kami ini...
Bukan bantuan yang dihulurkan...apatah lagi bertanya khabar...buat tak endah je sebenarnya...

Nak tahu apa yang kadang2 mama Rizqullah rasa...ini antara yang mama Rizqullah rasa...
Memang tak mampu nak susun ayat panjang berjela camni...
Tapi ini adalah luahan hati salah seorang isteri pelaut seperti mama..
She also a working mother like me...
Menghadapi prejudis orang saban hari on how we live our life...



Pandangan masyarakat pada wanita2 mahupun keluarga seperti kami ni kadang2 buat kami lemas...hidup kami ini tidaklah se-awesome mana...tapi kami bersyukur...
Sekurang-kurangnya bila mana dia bercuti...si-dia betul2 menghabiskan masa dia buat kami sekeluarga...6 bulan dilaut dan hanya 3 bulan di darat...kalau dikira setepatnya...setahun hanya 3 bulan lebih sahaja kami bertemu dengan suami...
Berbanding anda semua...tiap2 hari dapat bertemu mata dengan en suami...
**bersyukurlah dan hargailah si dia yang ada depan mata anda...**

Pengorbanan kita dah tentu berlainan...apapun,tak perlulah prejudis tentang kehidupan kami...setiap orang ada haluan kehidupan kita sendiri...

Nak kata kami ini wanita besi...tak jugak sebenarnya...tapi semua ini kami lakukan sebab kami sayang dan kami kasih insan yang berada ditengah lautan sana...mengharungi bermacam2 dugaan ditengah lautan sana yang tiada siapa tahu apa yang mereka hadapi ditengah lautan sana...tak semua lelaki boleh hidup seperti mereka...

Therefore I DO FEEL PROUD WITH MY HUSBAND...
For me he is a brave man...brave enough to face the sea with 1001 secrets...

Hari ini kami melepaskan mereka ke tengah laut dengan harapan dia akan pulang...
Walaupun kami tahu,bermacam kemungkinan akan berlaku di tengah lautan nan luas di sana...
Tapi setiap langkah mereka,kami panjatkan doa agar mereka sentiasa dilindungi dan dipermudahkan setiap urusan mereka tatkala sang kapal sudah memanggil...

Ini antara luahan hati mama Rizqullah jugak...thanks to Anne yang taip status ini...which for me,it was well said...nak bagi orang faham memang susah..nampak kita cam happy je...tapi LARA dihati ada yang tahu???ada yang nak amik tahu???
Dah tentulah tiada...so,stop judging and stop criticize if you are not in our shoe...

Okaylah,cukup dulu entry ini...again thanks to Anne sbb sedikit sebanyak meluahkan sikit apa yg terbuku dihati mama ini jugak...kadang2 tu memang terpikir banyak kali nak bagi ayat camtu..cuma takut plak ada yang terasa hati...
Jadi baik simpan sorang2 je...mulut orang memang kita tak leh nak selotape...

Till my next entry...salam sayang buat semua...

Have a nice day semua...



2 comments:

cik chinta said...

btul tu kak, so me amik pndektn senyp je. xnk share hal peribadi sgt. nt mst kn ktuk hidup x sempurna sbb kawen tp xde huby jg. sedih bile org x phm, da mmg kje dia gtu kn. kt ni trima da, redha, np org len plk nk sibuk? bukn dia jg kt pon, myakitkn hati jer.

Mama Rizqullah said...

Cik Chinta,

Terbaik adalah kita simpan semua dalam hati je...luahkan pun orang mungkin buat2 faham je...

Apapun..tak semua benda dalam dunia ini perfect...hanya kita sahaja yang dapat menjadikan hidup kita bermakna walaupun ia tidaklah sesempurna orang lain.

 
Real Time Web Analytics