October 24, 2013

Cabaran Ibu-ibu bekerjaya di zaman ini....


Dah lama kan mama Rizqullah tak berkongsi apa2 cerita di sini...tertiba keluar plak entry camni...entah kenapa hari ni hati terpanggil nak berkongsi kisah rakan2 yang mama kira kuat dari segi mental dan jiwanya...bermacam2 dugaan yang mereka hadapi,bukan hanya kerjaya yang mencabar tetapi juga dari segi lain...kalau mama kata mama superwoman...well ada lagi wanita yang diluar sana yang mengalahkan superwoman...



Walaupun niat mereka berkerja adalah untuk membantu suami tetapi selalu disalah ertikan oleh sang suami...kebanyakkan yang mama tengok suami ini semua mengambil kesempatan atas kejayaan sang isteri...ada sesetengah tu melepaskan kebanyakkan tanggungjawab kewangan rumah ke atas isteri atas alasan banyak benda yang perlu mereka bayar(bayar mendenya kalau duit habis kat pompuan lain...)...mostly perbelanjaan anak2...memang kebanyakkan wanita2 ini yang mama lihat menangung segalanya..suami lepas tangan atas perbelanjaan anak...I'm not blaming you guys...tapi the point is..its still your responsiblity man...jangan tau buat anak je..WAJIBlah bertanggungjawab...

I've been hearing a lot of woman problem now a days...yupsss...sesekali mama rasa cuak jugak dengan pengalaman mereka ini semua...macam2 perkara yang dikongsikan oleh rakan2 mama ni...tapi most is kes suami curang...ada jugak yer yang kes isteri yang curang..terjumpa kekasih lama and sampai terlanjur...atas alasan suami jauh and etc...come on lah...that's was lame...and I still keep your BIG secret beb...kadang2 kesian aku tengok suami ko yang naif tu...well,basically...apa yang mama nak kongsikan is...baik lelaki mahupun perempuan sekarang ni...sama je jahatnya...kalau tak bertepuk sebelah tangan masakan ia berbunyi kaaaannn...

Dunia ini semakin kurang insan2 yang beriman mahupun yang setia...ada sahaja alasan yang diberikan oleh mereka2 yang curang untuk menutup kesalahan mereka2 ini...mencari salah sang isteri walhal kesalahan itu terletak pada diri sendiri..andai niat bersih berkahwin/mendirikan masjid kerana Allah swt..insyaallah...mama percaya...sekuat mana pun godaan sang perempuan lain diluar sana..kita tetap setia pada suami/isteri yang telah kita nikahi terdahulu...kemajuan teknologi sekarang ini jugak menyebabkan suami2 mahupun isteri2 diluar sana mudah sangat terpengaruh...

Too much of challenge untuk wanita2 di zaman sekarang ni...lagi2 bila HP sentiasa di tangan...whatsapp,WeChat,FB,LINE and what so ever communication apps yang ada di mobile gadget kita itu...lagi memudahkan suami/isteri untuk curang...kalau kita tengok orang dulu2 tak derlah ketara sangat permasalahan begini...ini semua kerana...suami setia dan tahu apa tanggungjawab dia...selain tidak dihidangkan dengan godaan wanita2 lain diluar sana...bila mendengarkan masalah-masalah rakan2 wanita mama ni...honestly,yuppp...kadang2 tu terbebel jugaklah pada En Suami...kesian dia menjadi tempat mama meluahkan kekecewaan terhadap perlakuan insan2 yang mama kenal ini...dah tentu En suami pun kenalah tempias dia lah kaaannnn...(sometimes I do paranoid too okay...)

Memang En Suami sendiri akui...akses mudah kalau nak berkenalan dengan sesiapapun...tapi semua terpulang pada akal dan hati...dia kata kalau dah terjebak...biasanya susah nak reverse balik...tapi dia kata tak boleh jugak salahkan suami(back up jugak ni kaum dia kaaannn...)..kena tengok balik samaada kesefahaman pasangan tu macam mana...camne jugak back ground suami mahupun isteri...kita berbalik kepada niat kita untuk berkahwin and how the man was bring up...kalau dari kecil dia dididik untuk menghormati insan yang bernama wanita...insyaallah dia kata,tak der masalah..sbb biasanya lelaki itu akan berfikir banyak kali andai dia nak menyakitkan hati wanita yang dia sayangi...tapi dia jugak pesan,lelaki ini ego dia tinggi...

Well banyak jugaklah yang mama dan ayah selalu bahaskan bersama...bukanlah mama nak mencari salah sesiapa mahupun menuduh salah siapa...cuma terkilan rakan2 rapat berhadapan dengan masalah yang sedemikian rupa...and guess what...mereka juga merupakan wanita2 yang berjaya serta mempunyai karier yang mantap...andai kata kalau berpisah pun..mereka boleh hidup tanpa bantuan bekas suami...

Tapi itulah...entah kenapa sang suami tak mahu lepaskan mereka ini...well,lubuk emaskan...masakan boleh lepas camtu je...maklumlah,kalau poket berlubang boleh minta pada isteri pertama ni...tapi ada hati nak pasang lagi...walawwweehhh!!tak tahu dah nak bagi cermin besar mana kat lelaki camni...dah lah berlagak dengan kemewahan atas hasil titik peluh isteri...serius damn the suitable word is 'DAYUS'...

Hmmm....hari ni setakat nak meluahkan rasa hati je ni...tak terkata dengan kata dah bila mendengar mahupun mengetahui masalah rakan2 ni...hanya boleh menjadi tempat mereka meluahkan rasa kekecewaan dan betapa hancurnya hati mereka atas perlakuan insan yang mereka sayangi dan percayai...

Terdetik jugak dalam hati kadang2,setakat ini mama bersyukur dipertemukan dengan En Suami yang sangat understanding dan sangat open dengan apa jua yang mama lakukan...dia juga kerap membantu mama dalam membantu wanita2 ini semua...terima kasih suamiku sayang...dikau menjadi akalku tatkala emosi telah menjadi raja dihatiku...

Semoga kisah2 rakan2 yang mama tahu ini menjadi pedoman buat kami suami isteri dalam menjaga keharmonian rumahtangga kami...masih jauh lagi perjalanan kehidupan kami ini...baru je 5 tahun kami bersama...masih banyak lagi yang harus kami tempuhi bersama...you will be my best friend forever hubby...

Okaylah...just bebelan sikit je hari ni sambil malayan buat document while remoting ke opis...MC pun kena jugak siapkan kerja..well,hope segala doa akan termakbul tak lama lagi...moving forward to leave all this works...nak focus dengan benda yang mama suka je...hehehe...semoga rezeki ayah terus dimurahkan untuk kita sekeluarga...
Thanks ayah for the green light given...

Pada yang rindu pada Rizqullah...
Ini adalah pic terbaru dia...just taken last Saturday while mama busy doing hantaran deco for his makcik...

Mama tengah bayangkan Rizqullah kalau misai melentik camni..hihihi...

Just a little bebelan dipetang hari ni sesambil update document...

Till my next entry...salam sayang buat semua...

Have a productive day ya!!!

**Pssstt..entah bila lah ni nak share picas bon voyage ayah ke laut kembali and also the picas of Rizqullah birthday celebration...setakat ni picas pun x edit lagi...muahahaha...insyaallah yer sayang mama...will do it slowly like a snail...**




0 comments:

 
Real Time Web Analytics