May 20, 2015

Trip to Lexis Hibiscus, Port Dickson

Hari tu Acik Nani share dalam group wassap kitaorg sal Lexis Hibiscus,Port Dickson ni...
Macam menarik je soft opening deal dia masa tu...
Which masa tu mama berfikir gaklah banyak kali nak pegi ke tidak...
Offer dia sangatlah menarik...
Tapi sebabkan ayah was not contactable simpan dululah dalam hati sampai ada peluang nak cakap dengan En Suami...

Alhamdulillah...a few days lepas tu dapat cakap dengan En Suami tentang hasrat nak ke Lexis Hibiscus Port Dickson ni...
En Suami setuju...tapi dia suruh tunggu dulu booking sampai nama dia confirm tuk sign off...
Since dah En Suami dah cakap camtu...kita turutkan jelah...lagipun dia yang nak membayornya nanti...hehehe...

Rasa cam dah lama sangat kami tidak ke Port Dickson..tempat tu cam dah jadi banned place tuk kami plak...hahaha...(hanya kami tahu kenapa,siapa yang terasa tu tepuk dahi sendiri...bumbo seat tu agak2 bila nak pulangkan yer???buat harta sendiri nampak...)
Tapi sebabkan offer ni...ayah cakap...jom jelah..lagipun Rizqullah dah bising sangat nak gi holiday bilik yang ada pool tu...
Jadi..di sinilah kami menghabiskan masa bersama keluarga...

Perjalan dari Shah Alam ke sini hanya mengambil masa 1 jam 30 minit ikut jalan ELITE dan Sepang - Port Dickson...
Abang Rizqullah memang tak tahu yang kami sekeluarga akan berholiday...
Dia sangkakan ayah isi pakaian dalam bag sebab nak sign on...
Kami iyekan jelah bila dia tanya..."Ayah nak naik kapal ke???"
Sepanjang perjalanan...cam biasa...anak2 dua2 tido..
Dah sampai masing2 terkebil2...
Abang wah dok tanya kita kat mana ni mama???
Then my answer is..."Suprise abang!!!its our family holiday.."
Terus senyum lebar si abang...

Okay,Lexis Hibiscus ni terletak atas sikit dari Blue Lagoon...
Lepas hotel Thistle yer...
Cam mana nak tau atau apa land mark dia...
Cari sampai Batu 12,Jalan Pantai Port Dickson...
Jika dari Telok Kemang tu...sebelah kanan anda akan berjumpa dengan papan tanda di bawah ni...


Menandakan inilah dia pintu masuk ke Lexis Hibiscus...
Few hundreds meter ke dalam anda akan nampak bangunan utama Lexis Hibiscus ni...
Pandangan pertama kami adalah...
"Wow!!!"
Dah rasa cam pegi duduk kat Avani Gold Coast Sepang plak...
Sebab nampak dah bilik-bilik yang di atas laut...
Cuma villa2 kat sini ada pool dalam dia...ala-ala Grand Lexislah kannn...

Well...cam biasa...ayah akan turunkan barang dan parking,mama plak uruskan urusan check in...
The check in was smooth walaupun ramai orang...
Kaunter pun masa tu banyak gak bukak...
Pada sesiapa yang nak beli breakfast or nak dine-in breakfast..
Silalah tanya ketika check in...

Selesai check in...kami naik buggy sebab villa kami terletak di kelopak bunga raya...
Mama amik Premium Pool Villa...
Tak sure apa bezanya dengan Executive Pool Villa sebab layout dia sama je mama rasa...
Tapi yang pasti harga ada sikit beza dengan Executive Pool Villa dia...
Kenalah naik buggy sebab bilik kami jauh ke tengah...

Mama dengan anak-anak sementara ayah tengah amik DSLR kat kereta...
Masa ni abang wah tak tau lagi keadaan bilik camne...
(Sejak ada GoPro,DSLR bagai diabaikan je...)

Jom kita ke bilik kita...
Wefie sebelum buggy gerak...

Keadaan bilik...
Memang terasa spacious,mungkin sebab susun atur peabot dia yang simple...
Ada 2 king bed,LCD TV,pool etclah...

Area Bath yang ada panel nak tengok ikan* berenang kat bawah...
Razin teruja tengok panel tu...
Geram je dia tengok laut tu...sbb tak dapat capai...
Yang si abang dah seronok sangat tengok ada pool dalam bilik...
Tak habis-habis cakap..."Thank you mama,thank you ayah"...

Kedalaman pool dia sama je dengan Grand Lexis,iaitu 4 kaki dalam...
Tapi dari segi keluasan,Grand Lexis pool are more bigger.
Lagi satu pool ni terletak di luar bilik dan agak terbuka..
Jadi bagi muslimah yang tak bawak swimmingsuit tu...celup-celup kaki jelah jawabnya...
Sebab kolam dia sangat terbuka dan orang memang leh nampak aksi apapun kita buat dalam kolam...

Pemandangan dari dalam kolam via GoPro dan jugak Suasana petang dari Balcony kami...

Cam biasa...check in je...letak bag and tukar baju...
Berendamlah kami satu keluarga...
Hari pun tengah teduh je masa tu...
Sesuai sangat nak berendam..
Tengok tu...Razin dah like a king...
Minum susu pun dalam kolam...selagi semua tak keluar kolam..
Selagi itulah dia pun nak duduk dalam kolam...

This is pemandangan pool dan jugak main building dia..
Main building masih dalam construction lagi...
Tapi Roselle Cafe dan area2 lobby dah siap...

Malam tu kami dinner di luar je...
At 1st ingat nak dine kat bilik je...
Carilah menu dalam bilik sbb nak panggil room service je...
Sekali enggak ada yer...enggak ade...
So,we decide to Teluk Kemang...makan jelah apa je gerai yang ada kat situ...
Sampai hotel kami singgah Roselle Cafe and elok plak terjumpa Izanee dan Alin sekeluarga...
Punyalah besar Shah Alam tu...kat sini plak leh jumpa kaaann...

Okay...ni salah date...patutnya 18.05.2015...
Pagi lepas breakfast sebelum berendam lagi sekali...
Anak2 habiskan masa kat playground dia yang hanya sekankang kera...
Activity yang ada buat masa mama taip entry ini adalah berbasikal...
Banyak lagi facility lain belum siap ketika kami ke sini...

Wefie sefamily sebelum meninggalkan Lexis Hibiscus,Port Dickson ini...
Semalam je kami tido kat sini...
Abang wah masa ni dah moody sebab dia dapat semalam je main pool...
Dalam kereta punya monyok sebab sangkakan kami nak balik ke Shah Alam...
Tapi ini bukanlah pengakhiran cuti2 kami...
Where next???

Kami ada give few comment to the hotel tentang pengalaman kami di sini...
There are few areas yang perlukan perhatian oleh pihak pengurusan hotel...
Mungkin orang lain tak kisah pun sbb consider murahkan...
Well for RM699 that I've paid...
For me with the experience of black out ditengah malam (4.15 am to 5.30 am),sedikit mencalarkan pengalaman dan pandangan saya tentang pegurusan hotel ini...
Terpaksa kipaskan anak supaya tak terjaga dan tido mereka tidak terganggu...

Selain during check-out day, kami menanti hampir 40 minit untuk buggy datang ke bilik...
Itu pun dah 3 kali call front desk...tepat pukul 12 tengahhari dorang dah ingatkan kami yg check out pukul 12...padahal masa check in mama dah suruh buat note yang kami akan check out pukul 12.30 pm...lewat sikit sebab tak mahu ganggu tido Razin...nanti crancky plak budak kecik sorang ni...

Basically,masih banyak lagi perkhidmatan yang perlu dibaiki...
Jadi kami harap pihak pengurusan hotel mengambil serius pandangan kami...
Especially pasal kes black out tu,tak kisahlah its soft opening ke...TNB problem ke...
As I know as customer which paid for this vacation...
I don't expect those things to be happened.

Sorrylah tak banyak sangat gambar bilik sbb gambar bilik semua dalam DSLR...
Malas plak mama nak transfer memalam buta ni...
Amik mana yang sempat je dari GoPro dan HP je ni...
Jadi quality gambar ada biasa2 je...huhuhu...

Okay...cukup dulu sharing on our vacation to new vacation attraction in Port Dickson...
Pada sesiapa yang nak pegi...sila siapkan baju mandi yang menutup aurat dan jugak bersedia untuk mencari makan di luar jika budget anda kecil untuk makan malam...

Till my next entry...salam sayang buat semua...

Have a nice and beautiful day!!!


 
Real Time Web Analytics