June 19, 2016

Memperbaharui Permit Pembantu Rumah - STEP 1 : FOMEMA

Okay...kali ni mama terpaksa taip blog tentag step nak renew permit pembantu rumah sebabnya lepas ni sendiri jelah buat kan...kot-kotlah nanti lupa...boleh refer sini balik untuk recall balik apa yang dah dilakukan...

Sesambil tu sempat jugaklah google mana2 blog atau sesiapa yang pernah buat permit renewal ni...

Luckily found this one blog : Renewing Maid's permit

So...sesiapa nak refer boleh ke link itu...tapi mama pun nak share jugaklah experience mama...try jugak calling agent maid ini untuk buatkan permit renewal...tapi lepas google and tanya kawan2 yang pernah renew permit maid dorang...rasanya lagi jimat buat sendiri...plus mama pun tengah cuti bersalin sekarang ni...so,we used this opportunity to do this permit's renewal and feel the experience..

Kalau buat dengan agent...siap duit jelah kan...

Tapi kalau buat sendiri...this is the steps :

1. Daftar permbantu dengan FOMEMA untuk buat pemeriksaan kesihatan
2. Pemeriksaan kesihatan di klinik yang telah anda pilih(sila bawa pembantu ketika pemeriksaan)
3. Serah laporan atau daftar dengan menggunakan MYEG ke Imigresen
4. Tunggu permit dihantar ke alamat yang anda daftarkan di MYEG.

Langkah 1 : Daftar pembantu dengan FOMEMA untuk buat pemeriksaan kesihatan

a. Download borang di website FOMEMA yang boleh didapati secara online --> FOMEMA --> Registration Procedure --> Forms --> Foreign Worker's Medical Examination Registration Form
b. Print dan isikan form tersebut.Bagi yang tak tahu kod pekerja anda boleh je call hotline FOMEMA(03-2782 8777), bagi no passport pembantu anda dan mereka akan berikan kod pekerja untuk anda isi dalam borang berkenaan.
Pemilihan doktor jugak boleh dipilih melalui senarai yang disediakan oleh FOMEMA.Lebih baik anda pilih klinik yang ada menyediakan X-RAY sekali.Anda tak perlulah nak pergi banyak2 tempat just for X-RAY.
c. Pergi ke pejabat pos untuk buat Kiriman Wang,untuk Perempuan RM 201.40 manakala Lelaki pula RM 190.80.Sila sediakan wang lebih sikit sbb ada caj RM 2.00 untuk kiriman pos dan RM 0.12 untuk GST. (Ini kalau pakai kiriman wang yer...kalau bank draft ke apa2 medium lain,caj dia berbeza mungkin)
d. Fotostat muka surat Butiran Diri & permit kerja sebanyak satu salinan sahaja passport pembantu. 
e. Hadir ke pejabat FOMEMA dan serahkan semua dokumen2 yang diminta
- Registration form
- Kiriman pos (RM201.40) since pembantu saya wanita
- 1 salinan butiran diri dari passport
- 1 salinan permit yang terdahulu
f. Tunggu angka giliran dipanggil dan serahkan semua dokumen terbabit. Selepas itu anda akan menerima borang yang anda perlu bawa ke klinik bersama dengan pembantu anda. Tempoh sah laku borang berkenaan hanyalah 30 hari, oleh itu cepat2lah yer bawak pembantu ke klinik...kalau tak terbanglah RM 201.40 tu.
g. Selesai....nak bawak maid ke klinik pula...

Okay...this is the 1st step...next nak bawak bibik-ku ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan..

Till my next entry...Salam Ramadhan buat semua...

Happy Fasting!!!



May 21, 2016

Teacher's Day Present from Rizqullah....

"Selamat Hari Guru"

Buat semua mereka yang bergelar guru di dunia ini...
Isnin lepas merupakan sambutan hari guru sedunia ke seMalaysia...

Tak kisahlah apa2pun...yang penting since mama cuti ni...
Adalah masa nak meng'Google' mencari idea-idea bernas lagi kreatif untuk dijadikan DIY hadiah hari guru....
Sekali "Google" je memang beriban lah benda-benda menarik yang boleh dijadikan basic untuk memulakan design DIY Teacher's day present buat Rizqullah...

Last year teacher's day Rizqullah sambut di Tadika Salsabila...since Rizqullah dah 'graduate' dari Tadika Salsabila...bermulalah pula perjalanan persekolahan berbaju uniform biru...
Alhamdulillah...setakat ni his doing fine...dia cakap seronok belajar di sekolah sekarang ni...nothing much I can say...cukuplah Rizqullah happy dan senang dengan apa yang dia lakukan sekarang...Mama dan ayah takkan paksa abang buat sesuatu...sbb ayah dan mama nak abang rasa kehidupan dan keriangan di zaman kanak2...sepertti mana mama dan ayah rasa dulu....lari sana sini...building social skill at school...etc..
Walaupun risau tengok anak2 orang lain score and macam2 lagi...but we believe that by not putting any pressure to the kids...anak itu sendiri akan berjaya dgn sendirinya sbb dia happy dgn apa yang dia ada...

Ish...tengok...dah melalut dah ni mama dia bila menaip...
Bila anak dah masuk sekolah...camnilah setiap mama...dok risau pelajaran anak...
Sang ayah plak...lebih suka biarkan je sbb biar anak tu merasa pengalaman sendiri kena marah dgn cikgu ata dirotan oleh cikgu disekolah atas kesalahan dan kelekaan dia sendiri...human are learning something when they makes mistake...itu kata ayah Rizqullah...

Oklah..back to the topic...
Tahun ni mama rajin sikitlah nak keluar time pantang2 gi belikan barang2 untuk anakanda ni hadiahkan buat cikgu2 dia dihari guru on 16 Mei 2016 yang lepas...
Gigih mak yang berpantang ni...demi anak yg disayangi...
(Itu pun dia complain kata mama dia sayang adik...adoi abang...takkanlah nak dodoikan tido...awak tu dah besor gajah abang...mama nak dokong pun tak larat dah...Razin tu pun dah setahun lebih mama tak dokong dia...lagi kesian kat Razin...)

Tahun ni tak delah happening sangat hadiah yang mama bekalkan pada Rizqullah untuk cikgu dia...tapi bolehlah dijadikan hadiah yg boleh digunakan oleh cikgu2 tersebut...


Pen biru dan pen merah,paper binder dan post it...

DIY sticker untuk ditampal pada paper bag....

Taraaaa....dah siap...
Masukkan jelah semuanya dalam paper bag tu...habis cerita...
Tapi pen-pen tu mama sempatlah ikat dengan reben... 

Alhamdulillah...our family expanding bigger and bigger...
Okay...sesi bergambar makin susah dah sekarang ni...
Sebab masing-masing sibuk dgn pose memasing...

Okaylah...just a simple entry on Rizqullah teacher's day present...
Hahaha...dia bukan kesah pun...
Dia tau semua dah ready je...
Lagi 4 tahun turn Razin pulak...jadinya mama kena tambah masa nak buat untk Razin plak..

Till next entry....salam sayang dan salam ukhwah buat semua...

Have a nice and beautiful day...

~Dari mama MR~  


April 25, 2016

Welcome to the MR Family lil Princess: Maeishah Raaniya bt Mohamad Redzuan

Bismillahirrahmannirahim...

Alhamdulillah...after 38 weeks having 'he'r in my womb...
On 8th April 2016 at 1.45 pm...
I manage to see her and give her my 1st kiss...
Walaupun mama tak dapat hold Raaniya cam abang2...tapi mama syukur semuanya selamat...
Everything was so fast je masa hari kejadian tu...cam mimpi pun ada je mama rasa...

Okaylah...nak cerita kronologi kelahiran my only princess ni...
Fuuuhhh...leh panjang berjela entry kali ni...
Insyaallah next time jelah mama cerita cause...
This time pregnancy pun mama rasa cam miracle...

Apapun...mama syukur Maeishah Raaniya sihat dan sempurna..
You are my appendix baby...
You are in womb during my appendix removal operation on last September 2015...
Masa tu hanya Allah swt sahaja yang tahu camne mama risau sangat dengan perkembangan kamu wahai anakku...
Kerana kami tidak menyangka akan kehadiranmu dalam rahim mama...
Hampir setiap minggu jugak mama ke hospital kerana Dr Yeen pun risau akan perkembangan kamu...mama was on painkiller ketika itu and klu kamu tidak berkembang dengan baik ketika itu...kemungkinan mama kena gugurkan kamu anakku sangat tinggi...

Setiap hari siang dan malam mama dan ayah berdoa yang kamu akan berkembang dengan baik dan sempurna dan menjadi anak yang sihat...
Mencabar sangat mama rasa dgn luka pembedahan yang baru nak baik...mama pulak dah mengandung sebulan lebih....
Hari-hari mama berdoa yang luka pembedahan tu tak terbukak balik je bila perut mama start streching...sakit???
Hanya Allah swt sahaja yang tau kesakitan yang mama rasa...

Alamak...dah terintro plak sikit...
Apapun..entry ini adalah entry memperkenalkan princess kami ini...

Introducing my lil and only princess...
Anak ke-3 kami...


MAEISHAH RAANIYA BINTI MOHAMAD REDZUAN
08.04.2016,Jumaat@ 1.45 pm
KPJ Selangor,Shah Alam

My heart and my soul...
Mereka semua adalah nyawa saya...
Kerana mereka saya berjaya dan kerana mereka jugaklah saya gagal...
Thank you hubby for always be with me ketika susah...
Thank you for taking care the kids while I was unable to do so...

Okaylah...just a simple entry for today...
Insyaallah klu ada masa mama tulis entry tentang perjalanan kelahiran kamu yang bermula seawal 37 minggu...

Kamu Maeishah...memberi mama satu perjalanan baru dalam menjadi ibu...

Till my next entry...salam sayang dan salam ukhwah buat semua...






April 20, 2016

Lazy...Lazy...and being Lazy...

Assalamualaikum semua....

Dah lama jugak rupanya tak menjengah ke sini...the last entry was in July 2015...

Wow!!!how lazy I am to jot down a memories for my little one's Rizqullah and Razin...

Alhamdulillah...having them(the boys) in my life do make my life more and more fulfilled with laughter and happiness...
Syukur...only that word I can say...

Apapun...si abang dah pun ke darjah 1 awal tahun 2016 ini....manakala si adik pula dah berusia 2 tahun lebih dan dah jadi abang ngah pun....(Insyaallah...will share the story mory about cik kak kesayangan kami sekeluarga in my next entry...)
At 2 years old ni...dah tentulah menjaga Razin adalah paling mencabar sekarang ni...sbbnya "terrible two" just started...

A lot of things do happened and I am syukur for what have been happened and I know Allah's arrangement is the best of his ummah...

Its been a while jugaklah diri ini menyepikan diri dari dunia FB mahupun blogging....
Bukan sombong mahupun apa...terlalu banyak benda yang nak dibuat...
Kerja...anak2...urusan lain lagi...family....my time was filled up with tons of things....

Apapun...tetap bersyukur dikurniakan kehidupan yang sedia ada ini...
Semoga diri ini terus istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri kepada suami,ibu kepada anak-anak kami,anak kepada ibu saya,kakak kepada adik,menantu kepada mertua dan lain-lain tangggungjawab...

Bukan mudah hidup ini sebenarnya....tetapi bila kita dikelilingi dengan mereka yang kita sayang...insyaallah...hidup akan lebih bermakna...

Okaylah....just a short entry for today...ini pun curi sedikit masa while clearing up my filling yang dah lama x terusik due to my pregnancy laziness...

Till my next entry....salam sayang buat semua yang sudi menjengah ke sini...

**Sorrylah...entry kali ni no picture available...malas mau edit pic segala...**



 
Real Time Web Analytics