June 19, 2016

Memperbaharui Permit Pembantu Rumah - STEP 1 : FOMEMA

Okay...kali ni mama terpaksa taip blog tentag step nak renew permit pembantu rumah sebabnya lepas ni sendiri jelah buat kan...kot-kotlah nanti lupa...boleh refer sini balik untuk recall balik apa yang dah dilakukan...

Sesambil tu sempat jugaklah google mana2 blog atau sesiapa yang pernah buat permit renewal ni...

Luckily found this one blog : Renewing Maid's permit

So...sesiapa nak refer boleh ke link itu...tapi mama pun nak share jugaklah experience mama...try jugak calling agent maid ini untuk buatkan permit renewal...tapi lepas google and tanya kawan2 yang pernah renew permit maid dorang...rasanya lagi jimat buat sendiri...plus mama pun tengah cuti bersalin sekarang ni...so,we used this opportunity to do this permit's renewal and feel the experience..

Kalau buat dengan agent...siap duit jelah kan...

Tapi kalau buat sendiri...this is the steps :

1. Daftar permbantu dengan FOMEMA untuk buat pemeriksaan kesihatan
2. Pemeriksaan kesihatan di klinik yang telah anda pilih(sila bawa pembantu ketika pemeriksaan)
3. Serah laporan atau daftar dengan menggunakan MYEG ke Imigresen
4. Tunggu permit dihantar ke alamat yang anda daftarkan di MYEG.

Langkah 1 : Daftar pembantu dengan FOMEMA untuk buat pemeriksaan kesihatan

a. Download borang di website FOMEMA yang boleh didapati secara online --> FOMEMA --> Registration Procedure --> Forms --> Foreign Worker's Medical Examination Registration Form
b. Print dan isikan form tersebut.Bagi yang tak tahu kod pekerja anda boleh je call hotline FOMEMA(03-2782 8777), bagi no passport pembantu anda dan mereka akan berikan kod pekerja untuk anda isi dalam borang berkenaan.
Pemilihan doktor jugak boleh dipilih melalui senarai yang disediakan oleh FOMEMA.Lebih baik anda pilih klinik yang ada menyediakan X-RAY sekali.Anda tak perlulah nak pergi banyak2 tempat just for X-RAY.
c. Pergi ke pejabat pos untuk buat Kiriman Wang,untuk Perempuan RM 201.40 manakala Lelaki pula RM 190.80.Sila sediakan wang lebih sikit sbb ada caj RM 2.00 untuk kiriman pos dan RM 0.12 untuk GST. (Ini kalau pakai kiriman wang yer...kalau bank draft ke apa2 medium lain,caj dia berbeza mungkin)
d. Fotostat muka surat Butiran Diri & permit kerja sebanyak satu salinan sahaja passport pembantu. 
e. Hadir ke pejabat FOMEMA dan serahkan semua dokumen2 yang diminta
- Registration form
- Kiriman pos (RM201.40) since pembantu saya wanita
- 1 salinan butiran diri dari passport
- 1 salinan permit yang terdahulu
f. Tunggu angka giliran dipanggil dan serahkan semua dokumen terbabit. Selepas itu anda akan menerima borang yang anda perlu bawa ke klinik bersama dengan pembantu anda. Tempoh sah laku borang berkenaan hanyalah 30 hari, oleh itu cepat2lah yer bawak pembantu ke klinik...kalau tak terbanglah RM 201.40 tu.
g. Selesai....nak bawak maid ke klinik pula...

Okay...this is the 1st step...next nak bawak bibik-ku ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan..

Till my next entry...Salam Ramadhan buat semua...

Happy Fasting!!!



1 comments:

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Real Time Web Analytics